Jumaat, 25 Mei 2012

Update pasai MU (sambungan)


Gara-gara bini tepon suh balik on-time, aku terpaksa cut short entry aku marin sembang paai midfield MU. Arini sambung lak cerita pasai striker dengan defend.


Cam aku dah kata marin, striker MU akan short dua orang. Jadi, kurang-kurang MU kena cari sorang striker baru. Yang duk ada rumours dengan MU, teammate Kagawa kat Dortmund, Lewandowski. Aku tengok mamat ni, ala-ala Dzeko. Tinggi pun tinggi, terer pun terer. Goal instinct memang ada. Kira jenih kaki boh gol jugak. Tapi tu la, gol kat Bundesliga ja la. Kat BPL tak tentu lagi. Sorang lagi striker yang kononnya MU nak adalah striker Ligue 1, Giroud. Lani duk men kat juara baru Perancis, Montpellier. Tak bapa tau sangat pasai dia ni. Tapi 3 4 tahun lepas, MU ada jugak interest kat Giroud.

Tapi aku rasa MU patut amik striker yang dah established. Senang nak pair dengan Rooney. Bukannya aku tak harap kat Welbeck, tapi Welbeck ni muda lagi, dah ada hari perform, ada hari tak menjadi. Jadi, tak syok la MU ada striker lagu tu. Takkan nak harap kat Rooney sorang ja. Kalu tengok Bosman list yang aku boh marin, Rodallega, striker Wigan tu akan abih kontrak. So, why not MU amik dia. Rodallega memang dah ada experience dalam BPL dan aku yakin, ability dia pun ramai yang akan akui. Dan yang paling penting, gaji pun takyah la kot bayaq mahai, up skit dari apa yang dia dapat kat Wigan heheh. Selain dia bleh jadi main striker, Rodallega ni pun baguih jadi back-up striker takpun forward. Jadi kalu betoi join MU, takla penat sangat Rooney duk pulun.

Sorang lagi yang aku rasa MU patut dan bleh cuba beli adalah Torres. Kawan dah tak syok kat Chelsea. Try la cucuk jarum pindah mai MU. Sayang oo kat bakat dia. Bukan semua taktau, Chelsea ni bleh kata kelab yang pemati abih bakat orang. Ramai aihh striker hebat jadi mangsa, Kezman, Shevchenko, Cole dan lani Torres lak. Tapi tu la, Torres sahih nak gaji mahai dan sure Chelsea pun takkan nak let go 10 juta pound ja kat MU. Mau tak mau, 20 juta pound jugak la kot.

Ok, cerita lak pasai defend. SAF tak banyak wat perubahan dan lebih kepada nak cari reinforcement. Untuk musim depan, kalau semua dah fit, MU akan ada Rafael, Smalling, Evans, Jones, Vidic, Ferdinand dan Evra. Nampak tak slack tang mana? Leftback la kan. Tadak sapa yang bleh jadi deputy Evra, bersaing dengan Evra toksah sebut la. Takdak langsung. Mungkin sebab tu la, SAF nak beli Baines. Kalu tak baguih, tak lekat aihh dalam team England. Baines ni bleh jadi 1st team untuk England kalau takdak Cole. Crossing pun baguih, overlapping sempoi, dan yang paling menarik, Baines ni bleh angkat freekick. Teringat kat legend MU, Irwin hehe.

Takat la, tak terlintaih lagi la nama defend yang sesuai untuk MU dalam pala otak aku ni. Bukan apa, takdak la hat betoi-betoi outstanding. Lagipun, defend ni susah skit sebab sorang-sorang defend tu yang power dalam liga luaq, bila mai BPL, teruih takleh folo, melainkan hat betoi-betoi terer la. Bagi aku, MU kena cari juga player versatile yang bleh jadi 2nd O'Shea, bleh main banyak posisi. Tapi tu la, kena betoi-betoi survey la.

Tapi ikut pendapat aku, kalau defend tak bapa kuat sangat pun takpa, yang penting midfield kena power la, especially defensive midfielder. MU memang takdak la lagi defensive midfield ni. Mo dapat sorang, bleh protect defend, so tadak hal la nak elak opponent boh gol. 

Ni pendapat aku ja. Len kali sembang lagi. Challowww...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan