Khamis, 10 Mei 2012

Ceritera bola sepak tempatan dan antarabangsa


First skali, aku nak mintak maap la sebab banyak ari tak update blog. Bukan apa, masuk gheja ari Isnin, kalut skit la dengan gheja. Dahtu Selasa dengan Rabu, ada kursus lak. Jadi, memang tak dan nak ngadap komputer dan post entry. Ingat senang ka nak cari idea dan taip?? hahaha


Juventus dah dengan selamatnya jadi juara baru Serie A. Gempak jugak tu. Memang la awai-awai musim depa leading juga dalam liga, tapi seteru kuat depa sapa lagi kalau bukan AC Milan berjaya pintaih dan duk lama jugak kat nombor satu tu. Juventus lak seropa cam yo-yo, sat baguih sat kaghut. Tapi jangan kata Juventus teruk sebab takat lani, 37 games, depa tak kalah lagi oo.

Kena AC Milan kalah, Juventus lak menang, beza point jadi empat dengan game baki duk ada satu ja lagi. So, automatik Juventus jadi champion. Maka, secara tak langsungnya, Juventus dah mula kira nak beli pemain-pemain baru untuk bagi kuat team musim depan. Tu yang sangkut abih dengan Vidic la, sapa bala mana lagi. Yang terbaru katanya pemain muda MU, Pogba dah setuju nak join Juventus. Nak wat camna, mungkin Juventus offer gaji baek punya kat dia selain offer peluang main kerap banding dengan MU.

Awai pagi tadi jugak berlangsung perlawanan akhir UEL yang mana dua kelab dari La Liga bertemu. Atletico Madrid (AM) berjaya jadi juara dengan mengalahkan Athletic Bilbao (AB) dengan keputusan 3-0. Dari segi gameplay, duk nampak AB bleh menang, tapi apakan daya AM dibarisi dengan pemain-pemain baguih. Jadi AM lani wat rekod la sebab jadi champion dua kali dalam tiga edisi UEL. Tapi dalam La Liga, jangan harap la nak celen Barcelona or Real Madrid. That's the truth hahaha.

Kedah lak bleh pi jadi pakar seri lak lani. Baru ni, bleh pi seri 1-1 dengan T-Team. Duk dengaq kabaq, Wan Jamak kata pemain masih lagi terefek pasai gagal layak pi akhir Piala FA. Senang crita, takleh lupakan episod duka hehehe. Tapi yang positifnya adalah striker import baru Kedah boh gol lagi. Kira baguih la sebab duk boh gol tiap-tiap kali main walaupun aritu lawan Kelatan kat SDA dia tak boh.

Aku lani senang ja, takmo tengok Kedah relegate pi main Liga Perdana musim depan. Main la camna pun, result pun biaq pi la lagu mana pun, janji menten dalam Liga Super dan layak main Piala Malaysia nanti. Kot tak dapat main Piala Malaysia nanti, takut lemau lak pemain-pemain Kedah sebab bleh rehat panjang.

Mat Zan dah pun nak letak jawatan selaku jurulatih Terengganu. Mungkin sebab pressure dari fan kot. Aku pun pelik, Terengganu bukannya duk kat corot, duk nombot tiga ka empat dalam Liga Super, dahtu sampai semi final Piala FA. Bagi aku, ok la tu. Tapi duk sembang dengan sorang fan Ganu baru ni, dia kata fan lani tak puaih hati dengan gameplay Terengganu. Main tak sronok kot. Stail Mourinho la tu, main tak cantik takpa, janji menang.

Blackburn Rovers (BR) secara rasminya ikut Wolves main dalam Liga Kejuaraan musim depan. Konfem ada sale player punya la nanti. Wolves tak la banyak sangat pemain yang ada nama, cam Doyle, Fletcher. Tapi BR ni ramai jugak la, keeper Robinson, Yakubu, Hoilett dan dua tiga orang lagi. Yang duk nampak, orang pakat duk ligan Hoilett. Kena lak dia abih kontrak musim panas ni dan kelab pun relegate, agak rugi la bakat dia main kat Liga Kejuaraan. Baik main kelab len dalam BPL dan mungkin dapat gaji lebih.

Chelsea pun secara konfemnya tak dapat nak selitkan diri main UCL musim depan secara kedudukan dalam liga. Tapi Chelsea bleh men UCL nanti tapi kena ikut back door yakni menang final UCL ni. Tapi ikut back door pun, bukan senang sebab final ni Chelsea jumpa dengan Bayern Munich (BM). BM pun konfem la nak jadi juara jugak sebab terlepas nak jadi juara Bundesliga. 

Chelsea kut mana pun, duk kat nombor enam tu ja. So lani, untuk tempat ketiga dan keempat, tiga team duk berebut iaitu Arsenal, Newcastle United (NU) dan Tottenham Hotspur (TH). Beza point untuk tiga team tu hanya dua ja. Kena tunggu last game liga jugak baru leh tau team mana yang akan ikut MU dan Man City men UCL musim depan.

Untuk kasut emas eropah musim ni rasanya bleh kat Messi. Bukan apa, musim ni saja dia boh 70++ gol. Sapa lagi yang bleh wat camtu wei. CR pun banyak-banyak gol dia pun tak penah lepas 60 gol kot. Tapi Messi selamba ja dapat 70 lebih. Taktaula camna Messi musim depan kat Barcelona lepas Pep Guardiola takdak. Bleh ka dak Messi perform cam sebelum-sebelum ni hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan