Khamis, 3 Mei 2012

Sorotan berita seantero dunia


1st skali, mestila cerita pasai Real Madrid (RM) sebab depa secara rasminya dah ditabalkan sebagai juara baru La Liga walaupun duk ada baki dua game lagi. Gap tujuh point antara RM dengan Barcelona tak mampu dikurangkan. Jadi, matematik mudah, kalau RM kalah pun dalam dua last game, Barcelona takleh nak champion jugak. 

RM terpaksa tunggu dekat empat tahun oo baru nak menang liga. Dah spend berjuta-juta beli player nu, player ni, baru leh champion. Tapi tak kata la, skuad RM untuk musim ni agak baguih dan ramai. Bayangkan ja la attacking force dia; CR, Benzema, Di Maria, Kaka, Higuain, Ozil. Kira bleh rotate ikut suka. Midfield pun sakan; Khedira, Sahin, Alonso, Diarra la. Cuma mungkin defend la kot ada kurang skit.

Apapun, it is down to manager jugak. Kira tanpa Mourinho, tak mungkin la RM bleh jadi juara. Dahsyat jugak la Mourinho ni. Semua kelab hat dia pegang, pakat jadi juara; Porto, Chelsea, Inter Milan dan yang terbaru RM la. Bagi aku, Mourinho ni stail dia result oriented. Yang penting menang ja dalam pala otak dia. Main camna, teruk ka, baguih ka, janji menang. Sebab tu, cam aku post sebelum ni, gameplay RM takla menarik sangat sebab terlalu direct. Jadi, tahniah la kat RM.

Lani dah tau dah juara liga untuk dua negara. Bundesliga bleh kat Borussia Dortmund (BD) yang dah jadi juara dua tahun berturut-turut. Pemain-pemain BD lani pakat duk jadi target kelab len la, tambah-tambah si Kagawa yang akan abih kontrak hujung musim ni. Umoq pun baru 23 tahun, main pun baguih, jadi memang ada prospek la nak main kat kelab besaq eropah. Bleh sign free lak tu, mana tahan der heheh.

Arseal pun cam dah konfem amik Pudolski. Pada aku, kira pembelian yang baguih la. Dah la muka Pudolski tu pun nampak cam RVP, rasanya serangan Arsenal mungkin power kot untuk musim depan. Ada komentar kata Arsenal lani dah bijak sebab beli awai dan bukannya last minit cam awai musim ni. Sorang lagi budak jerman yang mai BPL adalah Marko Marin. Marin ni orang duk gelaq dia 'Messi Jerman' tapi duk nampak lebih berfungsi main winger. Aku rasa Chelsea nak buang Malouda kot, tu yang pi beli Marin.

Aku tak tengok la live tapi duk baca report kata Buffon bleh pi wat blunder lak masa Juventus lawan Lecce. Game tu patut Juventus leh menang sebab dah leading 1-0 dan hanya lawan 10 orang. Tapi nak dekat abih game, Buffon punya pasai, Juventus hanya bleh seri 1-1 ja. Secara tak langsung, dua point drop, dan lani Juventus hanya lead 1 point ja duk atas AC Milan dalam Serie A. Game pun tinggai lagi dua, jadi two horses race la nak jadi juara musim ni. Cerita yang lebih kurang sama cam BPL heheh.

England akhirnya lantik jugak pengurus baru untuk pi Euro 2012 nanti. Depa wat keputusan amik Roy Hodgson dari amik Harry Redknapp. Ramai jugak la yang tak setuju keputusan FA England tu. Tapi aku duk nampak, mokata England lingkup dalam Euro 2012 ni, depa senang skit nak pecat Hodgson banding dengan Redknapp. Kalu Redknapp jadi manager England, payah skit nak pecat dan kalau pecat awai, maksudnya tak sampai setahun, konfem fan England marah punya.

Walaupun orang lebih fokus kat sapa nak jadi juara BPL, tapi saingan untuk tempat ketiga dan keempat jugak panas. Lani Arsenal, Newcastle United (NU) dan Tottenham Hotspur (TH) pakat-pakat beza satu mata ja. Chelsea jauh la skit. Yang pasti lani, tempat ketiga memang konfem men UCL next season. Nombor empat walaupun bleh men qualifying round, tapi kena tengok Chelsea bleh jadi juara UCL musim ni ka dak.

UEFA katanya dah bend rule yang mana juara bertahan akan layak automatik walaupun tak dapat tempat empat pasukan teratas. Jadi, Arsenal, NU dan TH kena pulun berebut nombor tiga sebab kalu duk nombor empat tak cukup selamat kalau Chelsea jadi juara UCL. Mau tak mau, kena pulun kutip point dan tunggu final UCL berlangsung. Pada aku, duk nampak Chelsea nak surrender slot empat kelab teratas dan pulun bagi menang kat final. Jadi dah dapat tiket automatik main UCL musim depan.

TH kena bagi layak men UCL musim depan sebab nak elak dari star-star depa lari. Modric dan Bale mungkin pi men tang len kalu TH tak layak UCL. Modric cam duk tau jadi target MU dan mungkin jugak Chelsea dan Man City. Bale lak tarik minat Barcelona dengan RM. Hilang dua pemain ni, haru jugak la TH nanti. 

so, takat ni la dulu aku gebang-gebang hehehe. adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan