Jumaat, 4 Mei 2012

Super duper manager


Mari kita tengok sejauh mana pencapaian Pep Guardiola sepanjang menjadi pengurus Barcelona:






Bagi aku, Guardiola merupakan antara pengurus muda yang berbakat besar sepertimana Mourinho. Ini adalah kerana sepanjang Guardiola berada di Barcelona, boleh dikatakan kelab gergasi Sepanyol tersebut mempamerkan corak permainan yang benar-benar menakjubkan sehingga ada yang mengatakan bahawa Barcelona ini bukanlah kelab yang berpaksi di dunia tetapi datang dari angkasa lepas.

Banyak spekulasi yang telah timbul selepas Guardiola mengambil keputusan untuk tidak menyambungkan kontraknya selaku pengurus Barcelona pada musim panas ini. Antara faktor terbesar adalah mengatakan Guardiola tidak bersetuju dengan hasrat pengurusan tertinggi Barcelona untuk mendapatkan penyerang sensasi Brazil, Neymar untuk menyarung jersi Barcelona untuk musim hadapan.

Ini adalah kerana Guardiola sebenarnya lebih gemar untuk membina skuad Barcelona dengan bertunjangkan Messi selaku tonggak utama. Jika Neymar menyertai skuad Catalan tersebut, ianya akan mencetuskan konflik melibatkan dua pemain hebat sekaligus akan mempengaruhi prestasi satu pasukan. Dengan erti kata lain, Guardiola tidak ingin melihat berlakunya pertelingkahan di antara pemain yang memiliki reputasi yang tinggi.

Selain itu, terdapat sumber mengatakan keengganan Guardiola untuk terus bersama Barcelona adalah kerana ingin berubah angin memandangkan sepanjang penglibatannya dalam dunia bola sepak, banyak jasa yang telah diberikan oleh Guardiola kepada Barcelona. Jadi, setelah beberapa tahun menabur bakti pula sebagai pengurus dan mengecapi pelbagai kejuaraan, Guardiola merasakan sudah tiba masanya untuk mengembangkan lagi kariernya dengan mengurus pasukan yang lain.

Beberapa kelab telah dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Guardiola untuk musim hadapan dan salah satunya adalah Chelsea. Sepertimana yang diketahui, Chelsea kini diuruskan oleh pengurus sementara iaitu De Matteo dan pastinya pemilik Chelsea, Abramovich inginkan seseorang yang boleh memberikan impak sebaik sahaja menjadi pengurus. Guardiola dilihat mempunyai ciri-ciri tersebut dan jika menerima tawaran menjadi pengurus Chelsea, sudah semestinya gaji yang akan diterima amat lumayan.

Namun, aku melihat Guardiola menginginkan sebuah kelab yang 100% dikendalikan oleh dirinya sendiri tanpa diganggu oleh pihak pengurusan. Guardiola mesti diberikan kuasa untuk memilih pemain yang dikehendakinya dan membentukkan pasukannya itu berasaskan pemain-pemain yang dirasakan mampu mempengaruhi corak permainan satu pasukan. 

Walaubagaimanapun, dikhabarkan Guardiola mungkin akan bercuti selama satu musim bagi meluangkan masa dengan keluarganya selepas dikatakan bekerja dengan begitu keras ketika berada di Barcelona sehingga tidak mempunyai masa untuk keluarganya. Tetapi, jika ada tawaran yang menarik, aku yakin Guardiola tidak akan melepaskan peluang tersebut dan dengan pengalaman serta kemahiran yang beliau miliki, tidak mustahil kelab tersebut bakal menjadi pasukan yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan