Khamis, 24 Oktober 2013

Review: MU vs Real Sociedad (UCL)


Keputusan perlawanan:

MANCHESTER UNITED 1
Martinez 2' (g.s.)

REAL SOCIEDAD 0



Pemain terbaik perlawanan:

WAYNE ROONEY


Kesebelasan utama MU:


Pertukaran pemain:

Smalling >> Rafael
Young >> Hernandez


Ulasan perlawanan:

MU berjaya mendahului kumpulan A UCL selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Real Sociedad (RS) dalam perlawanan awal pagi tadi di OT. Walaubagaimanapun, MU bernasib baik apabila mampu untuk mengutip tiga mata penuh dengan hanya menjaringkan satu gol sahaja. Kegagalan menambahkan jaringan sepertimana ketika menentang Southampton dalam perlawanan terdahulu, boleh mengakibatkan MU tidak boleh mendapatkan kemenangan.

DM membuat perubahan empat pemain terhadap kesebelasan utama MU yang beraksi hujung minggu lepas dengan menyenaraikan Hernandez, Valencia, Giggs dan Kagawa. Ternyata keputusan DM tersebut menampakkan sesuatu yang cukup positif apabila Giggs bermain dengan baik bersama Carrick di bahagian tengah MU. 

Walaupun agak berusia, Giggs masih mampu untuk menggelecek dan berlari serata ceruk padang bagi menggerakkan serangan MU. Bahagian tengah MU tampak lebih bergerak pantas berbanding ketika Carrick bergandingan dengan Fellaini. Valencia turut cemerlang di bahagian sayap kanan dengan larian pantas dan hantaran lintang yang berkesan.

Kagawa menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan di mana Kagawa tampak bersedia untuk menjalankan tugas defensif ketika keadaan memerlukan berbanding dalam beberapa perlawanan yang disertai olehnya sebelum ini. 

Rooney ternyata mencuri tumpuan dengan persembahan yang cukup bertenaga dengan aksi yang lincah dan pantas. Kebijaksanaan Rooney untuk mengucar-kacirkan pertahanan RC membolehkan MU mendapatkan gol kemenangan apabila rembatan derasnya yang terkena tiang gol melantun semula dan ditolak secara tidak sahaja ke dalam gol sendiri oleh pertahanan RS.

Separuh masa kedua menyaksikan MU beruasaha untuk mendapatkan jaringan kedua. Namun, kecekapan penjaga gol RS menidakkan segala percubaan MU. MU turut mengalami beberapa detik cemas kerana RS hampir-hampir mencipta gol penyamaan. Mujur, DDG berjaya menyelamatkan beberapa percubaan.

Kemenangan awal pagi tadi membolehkan MU mengutip tujuh mata dari tiga perlawanan, satu mata mengatasi Bayer Leverkusen yang berada di tangga kedua. Seperti kebiasaannnya, mendapatkan sekurang-kurangnya 10 mata menjadi sasaran buat MU untuk melepasi saingan kumpulan UCL. Jadi, MU memerlukan satu lagi kemenangan untuk memastikan slot ke peringkat kalah mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan