Sehingga kini, MU sudahpun mengharungi lapan perlawanan BPL, tiga perlawanan UCL peringkat kumpulan dan melepasi pusingan ketiga Capital One Cup bagi musim ini. Walaubagaimanapun, prestasi MU setakat ini secara kolektifnya tidaklah begitu memberangsangkan tetapi secara individu, terdapat beberapa pemain yang mempamerkan persembahan bertenaga seperti Rooney, DDG dan Januzaj.
Dengan Ferdinand dan Vidic memerlukan masa yang lebih panjang untuk pulih kerana usia yang menjangkau 30an, DM dirasakan akan terus memberikan kepercayaan kepada Jones dan Evans mengemudi bahagian pertahanan MU. Kecemerlangan mereka berdua turut dipengaruhi kecekapan dan kematangan DDG mengawasi gawang gol MU.
MU mempunyai sedikit krisis di bahagian tengah setelah Cleverley mengalami sedikit kecederaan manakala Fellaini dan Anderson masih belum mampu untuk memikat DM kerana aksi yang tidak memuaskan. Jadi, MU hanya mempunyai Carrick dan Giggs sahaja sebagai pilihan utama bagi menjadi nadi tengah MU.
Oleh kerana aksi yang begitu longlai ketika bertemu Southampton, Fellaini diletakkan di bangku simpanan ketika MU bertemu Real Sociedad. DM pastinya mahu Fellaini menampilkan aksi yang benar-benar setimpal dengan yuran perpindahan yang dibayar oleh MU kepada Everton untuk mendapatkannya.
Sepertimana yang diketahui, Giggs tidak berupaya untuk diturunkan secara kerap dan ini sekaligus menyebabkan Carrick terpaksa bertukar-tukar gandingan. Mujur Carrick seorang pemain yang baik dan mampu untuk beraksi dengan sesiapa sahaja.
Di bahagian sayap kanan MU boleh dikatakan menjadi perebutan antara Nani dan Valencia. Nani memperoleh kepercayaan DM apabila menandatangani kontrak baru untuk terus bersama MU manakala Valencia yang diberikan semula nombor yang dipakainya ketika mula-mula menyertai MU telah menampilkan tahap prestasi sebenarnya. Jadi, DM memiliki pilihan sama ada untuk memilih Valencia atau Nani mengikut strategi yang ingin digunapakai.
Pemain muda, Januzaj sememangnya menjadi perhatian terbaru selepas memberikan persembahan yang amat bagus setiap kali diturunkan. Bahagian sayap kiri bolehlah dianggap milik Januzaj, tetapi setelah aksi yang baik dalam perlawanan menentang Real Sociedad, Kagawa kini turut menjadi pilihan DM bagi mengisi slot tersebut.
Rooney kini tampak bersemangat pada musim ini. Walaupun pada awalnya, Rooney dikatakan ingin berhijrah keluar dari MU setelah DM mengatakan RVP merupakan penyerang utama MU dan Rooney hanya pengganti, tetapi kini Rooney merupakan pemain yang tidak boleh diketepikan oleh MU. RVP pula sedikit merosot berbanding musim lepas tetapi jika RVP boleh memberikan aksi terbaik, tidak mustahil buat MU untuk memanjat kedudukan liga.
Hernandez dan Welbeck perlu bersabar bagi mendapatkan kepercayaan DM bagi beraksi dalam kesebelasan utama MU. Tetapi DM berhadapan sedikit kesukaran dalam menangani Hernandez yang menyatakan hasrat kemungkinan ingin berpindah ke kelas lain bagi mendapatkan peluang beraksi. Jika semua pemain MU mampu mempertingkatkan aksi masing-masing, MU mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan