Wakil dari pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang dilihat mempunyai kelebihan bagi melepasi peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2013 selepas kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Kapten Kelantan, Badri Radzi memainkan watak penting dalam membantu Kelantan untuk mengalahkan ATM selain kecemerlangan penyerang importnya, Nwakaeme yang kelihatan sukar dibendung oleh pertahanan ATM.
Pahang pula mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak di Stadium Darul Makmur. Dengan bekalan yang cukup selesa ini, Pahang tampak mampu untuk melangkah ke perlawanan akhir walaupun Sarawak yang juga Juara Liga Perdana musim ini akan berusaha untuk menafikan hasrat Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan