Kelantan menepati status mereka selaku juara bertahan Piala Malaysia apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 dengan menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2 dalam aksi yang berlangsung di Kota Bharu.
Percaturan Hodak pada separuh masa kedua menyaksikan kapten Kelantan, Badri Radzi memainkan waktak penting dalam membawa Kelantan untuk menampilkan aksi yang lebih bertenaga. Hasil usaha gigih dan semangat yang kental, Kelantan berjaya mendapatkan dua gol daripada Badri dan Fakri dan seterusnya memberikan kelebihan aggregat 4-3 kepada Kelantan.
ATM berusaha untuk mencari gol penyamaan yang boleh membawa mereka melangkah ke perlawanan akhir tetapi tidak berjaya. Kelantan ternyata meraikan kejayaan ke perlawanan akhir sebaik sahaja pengadil perlawanan menamatkan masa permainan.
Sarawak tidak mampu untuk menghalang Pahang daripada melangkah ke perlawanan akhir apabila sekadar memperoleh keputusan 1-1 di Kuching. Ini sekaligus memberikan peluang kepada Pahang untuk menewaskan Sarawak dengan keputusan aggregat 4-2 dan layak untuk bertemu dengan Kelantan dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.
Walaupun diberikan sorakan daripada ribuan penyokong sendiri, Sarawak gagal mempergunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila tidak berupaya untuk merobek benteng pertahanan kental Pahang.
Jadi, Pahang akan berentap dengan Kelantan di pentas akhir dengan menjadi pertembungan pantai timur bagi menentukan juara Piala Malaysia musim ini. Atas kertas, Kelantan tampak mempunyai kelebihan berdasarkan pemain sedia ada dan pengalaman yang dimiliki tetapi Pahang yang dikemudikan oleh Dollah Salleh mampu untuk membuat kejutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan