Selasa, 19 Jun 2012

Ulasan merapu Euro 2012 - Kumpulan C dan D


Pagi ni kita sambung lak cerita pasai Euro untuk Kumpulan C dan D.

Ramai dah kot tau yang Sepanyol dan Itali akan jadi wakil dari Kumpulan C untuk pi suku akhir. Sepanyol jadi juara kumpulan manakala Itali jadi naib juara, dan dua-dua team tak kalah langsung dalam peringkat kumpulan.

Sepanyol menang takat 1-0 ja dengan Croatia manakala Itali pun mungkin dah tau Croatia nak kalah, bagi menang 2-0 ja dengan Ireland. Kalu tengok prestasi dalam tiga game, Sepanyol nampak tak bapa nak kemas sangat banding masa jadi juara Euro takpun WC dulu. Ada yang kurang umpphh skit. Itali lak cam besa la, jenih tak menang banyak gol, tapi liat nak kalah. 

Cam aku kata sebelum ni la, Sepanyol mungkin terasa ketiadaan Villa kat striker. Actually, Sepanyol bukannya takdak back-up yang tak power untuk jadi striker, tapi Villa ni lebih sesuai dan masyuk dengan game Sepanyol, tambah-tambah lak, geng midfield Sepanyol pun banyak mai dari Barcelona, satu kelab dengan Villa.

Beza la dengan Torres dan Llorente. Depa dua ni duk nampak lebih suka duk kat ataih ja banding dengan Villa yang rajin duk kutip bola dari kawasan tengah, kira ada movement off and on the ball la. Torres ni bahaya untuk thru ball manakala Llorente ni superb untuk bola crossing. Cara depa dua memang tak kena la sebab Sepanyol ni suka pas pi mai pi mai baru boh gol. Maksudnya takdak la nak harap striker ja wat running terima thru ball ataupun pure winger wat crossing.

Masuk suku akhir ni, mau tak mau, Sepanyol kena step up gameplay. Kalu duk main cam besa, yakni tak sesuai dengan style Torres or Llorente, payah la Sepanyol nak retain balik title.

Itali ni kira bleh kata bangkrap dengan striker. Masa WC aritu, Rossi la jadi main man. Tapi dah cedera, nak harap kat sapa sangat. Di Natale pun takla power sangat, Lavezzi pun ada turun nek. Balik-balik harap kat Cassano la. Mujoq kepoweran dia masih lagi ada. Itali dah tadak striker hat kencang cam dulu seropa Del Pierro, Totti, takpun Inzaghi. 

Itali ni bagi aku jenih low profile. Lebih kurang sama dengan Greece. Main cara kumpulan, tadak player yang betoi-betoi outstanding, ni cerita ni minus Balotelli la hahaha. Main tak lawa pun takpa, janji result ada. Cara camni Itali dah duk pakai bukannya setahun dua, tapi dah lama sangat la kot, seingat aku, sejak aku minat pasai bola ni, yakni 20 tahun dulu la. Jarang aiihh kita dengaq Itali ni menang banyak gol heheh.

Group D lak, duk nampak Perancis dengan England nak bleh layak. Last goup game, Perancis lawan Sweden, negara hat dah konfem tersingkir. Kalau tak nak melawan pun, hanya untuk maruah ja kot. Tapi duk rasa, Perancis bleh makan dengan Sweden ni. Attacking threat Perancis nampak superb sangat lani sebab konsentret dengan tiga player, Nasri - Ribery - Benzema. Kalu Sweden bleh rantai tiga-tiga player ni, bleh la kot dapat keputusan seri.

England lak mungkin rasa konfiden kot bleh dapat at least seri dengan Ukraine untuk pi suku akhir. Kena lak Rooney dah bleh main balik. Aku ni bukanlah supporter England sangat, tapi tengok jugak la England ni main kadang-kadang tu heheh. Terkesima jugak la dengan gameplay England masa lawan Sweden banding 1st game lawan Perancis.

England tak terlalu defensive dan player nak disiplin. Nampak sangat la player mudah nak paham dan terjemah apa yang Hodgson nak bagi tiap-tiap game. Semua paham role masing-masing. Aku paling respek kat Parker. Memang rela berkorban lah, pulun abih rata cerok padang. Efektifnya Parker dengan role dia, bagi Gerrard lesen untuk support serangan. Aku dari dulu lagi berpendapat yang Gerrard dan Lampard takleh men skali, kena salah sorang ja dalam 1st eleven.

Bleh kata Parker ni unsung hero la untuk England. Dah la kontrol midfield, dahtu sheild baik punya defend. Nampak solid untuk bahagian defensive. Attacking lak nampak ada variasi. 1st game solo striker, 2nd game two strikers. Jadi opponent susah la nak predict taktik England ni camna. Tapi rasanya Hodgson akan guna Rooney dan Welbeck untuk game lawan Ukraine ni.

Perancis nampak bleh jadi juara kumpulan D dan jumpa Itali kat suku akhir, repeat balik kot final WC 2006. England lak mungkin lawan Sepanyol. Kalau ikut prestasi semasa, dua-dua team ada peluang untuk pi separuh akhir. Apapun, kita tunggu last game Kumpulan D punya result awai pagi esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan