Untuk entry hari ini, aku ingin fokuskan kepada MU untuk saingan musim hadapan.
Pertama sekali, ucapan selamat datang ditujukan khas buat 'The Red Samurai' iaitu Shinji Kagawa yang bakal menyarung jersi MU untuk musim hadapan. Kagawa hadir ke MU selaku pembelian pertama yang berjaya dilakukan sebagai persediaan untuk musim hadapan yang dijangkakan akan lebih sengit berbanding musim yang baharu sahaja lepas.
Ramai yang berpendapat MU berjaya mendapatkan pembelian terbaik apabila memperolehkan Kagawa yang merupakan pemain yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik Bundesliga untuk musim 2011/2012 untuk harga yang cukup berpatutan, antara 12 juta pound dan 17 juta pound (aku pun tak pasti exact figure). Seharusnya, jika dilihat pada pasaran semasa, yuran perpindahan Kagawa seharusnya melebihi 20 juta pound. Selain itu, Kagawa juga masih lagi muda iaitu 23 tahun walaupun telah menampilkan aksi yang cukup matang dan konsisten menerusi 'assist' dan gol-gol yang telah dijaringkan olehnya.
Berdasarkan analisa yang telah dilakukan oleh pakar-pakar bola sepak sepertimana disiarkan dalam internet, Kagawa mempunyai keupayaan untuk beraksi 'across the midfield' atau diletakkan 'behind the striker'. Ini memberikan kelebihan buat MU kerana versatiliti Kagawa selain memiliki daya kreativiti yang cukup baik dalam menjana serangan MU. MU sememangnya memerlukan pemain yang kreatif seperti Kagawa kerana telah terlalu lama MU mengharapkan kudrat Scholes dalam menjanakan permainan MU.
Dengan kemasukan Kagawa, aku merasakan SAF akan melakukan sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama MU berteraskan formasi 4-4-2. Kagawa berkemungkinan besar akan bergandingan dengan Carrick dan diberikan tugas sebagai 'playmaker'. Bahagian sayap kanan diserahkan kepada Valencia manakala sayap kiri bakal menjadi rebutan Nani dan Young. Namun, jika melihat prestasi Young dalam skuad England ketika ini, SAF mungkin memberikan peluang Young beraksi di belakang Rooney sekaligus Nani akan beraksi di sayap kiri. Bahagian pertahanan pula tidak menampakkan sebarang perubahan dengan muka-muka sedia ada mengambil posisi masing-masing. Berikut merupakan sekilas pandang kesebelasan utama MU untuk musim hadapan:
De Gea (Lindegaard/Amos)
Rafael (Jones/Smalling) - Ferdinand (Evans) - Vidic (Jones) - Evra
Valencia - Kagawa (Scholes/Giggs) - Carrick (Fletcher/Anderson) - Young (Nani/JSP)
Rooney - Welbeck (Chicharito)
Kesebelasan ini hanya melibatkan kemasukan Kagawa. Jika terdapat kemasukan pemain baru iaitu pemain tengah seperti Dembele, aku merasakan SAF akan menggunapakai formasi 4-2-3-1. Ini adalah kerana Dembele berkemampuan beraksi selaku 'central midfield' yang boleh membuka permainan dari tengah selain mengemudi barisan tengah. Di barisan pertahanan pula, jika MU berjaya mendapatkan Baines dari Everton, Evra bakal berebut untuk posisi 'leftback' dan ini memberikan sesuatu yang bagus buat MU apabila kedua-dua pemain berusaha menampilkan aksi yang bagus dan konsisten.
De Gea (Lindegaard/Amos)
Rafael (Jones/Smalling) - Ferdinand (Evans) - Vidic (Jones) - Evra (Baines)
Dembele (Scholes) - Carrick (Fletcher/Anderson)
Valencia - Kagawa (Giggs) - Young (Nani/JSP)
Rooney (Welbeck/Chicharito)
Setakat ini dahulu sembang-sembang tentang MU. Apapun, sedikit sebanyak MU melakukan penambahbaikan untuk memastikan kejuaraan BPL kembali ke OT. Nanti aku sambung lagi hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan