Rabu, 20 Jun 2012

Alahai Kedah.....


Sebelum aku masuk dengan cerita pasai Kedah, saja ja la nak wat intro sembang pasai mamat mana tah mai duk maki aku dalam komen untuk blog aku ni. Kata aku ni sembang loghat Kedah sangat dan aku ni duk muhong, bagi ulasan tah hapa-hapa, bleh sembang takat kedai kopi ja. Dahtu siap dia sakit ati baca blog aku ni. Dan aku pun tanpa berlengah, buang masa, minta maap la kat dia sebab bagi dia sakit ati dan tak lupa ucap makaseh kat dia sebab singgah mai jugak baca blog aku ni hehe.

Prinsip aku senang ja tulis dalam blog ni, aku nak cerita sembang merapu merepek pasai bola ikut cara aku. Dan pastinya aku rasa selesa guna loghat Kedah, maklumla, aku ni kan memang asai orang Kedah, beranak kat SP, ic pun 02 oo. So, watpa aku nak tulih dalam blog ni dalam loghat len. Cakap pun duk guna loghat Kedah, takkan tulih entry nak tukaq plak. Pasai aku merapu tu, biasa la. Aku ulas stail ISA a.k.a ikut suka aku. Kalau nak boh statistik tu, banyak-banyak fact, baik baca mainstreamnya website, hat totally sembang pasai bola, contohnya Goal.com ka, soccernet ka. Apapun, aku tak rasa marah ka, kecewa ka, aku terima ja komen dia. Mungkin dia nak aku wat perubahan kot. Anyway, sapa yang duk ikut blog aku ni, akan tau yang aku akan guna bahasa standard bila wat officialnya report untuk certain-certain match.

So, berbalik dengan cerita Kedah, apa dah jadi lani? Awat ceroi sangat? Dah duk nombot dua dari belakang oo. Taktau la kalu takmo tekan butang panik ka, hapa ka. Misi lani adalah jangan bagi relegate pi Liga Perdana dah la. Camon la, pulun la skit. Tu pun mujoq la point KL lani tak lepas 10, kalu dak lagi haru la Kedah. Kalu tengok kedudukan liga lani, Kedah 18 point dan dua team atas Kedah hanya 19 point, salah satu team tu Johor FC la, satu lagi tak teringat heheh.

Duk tengok dalam forum HKC yang tak bapa hangat sangat lani, ramai jugak la yang tak puaih ati dengan bapa kerat player Kedah. Ramai yang kata depa si player ni dah tak perform macam dulu-dulu terutamanya masa zaman double treble. Aiyakkk!!! Teringat terungkit cerita lama la plak. Tapi nak wat camna, dah ada benchmark yang terlalu tinggi, mau tak mau, kena ikut benchmark tu la. Len la kot tak penah jadi juara apa-apa pun. Takla penyokong ni heran dan amik berat sangat.

Aku cam besa, dari dulu lagi blame 75% kat player. Bukan 100% norh. Selebihnya yakni 25% tu mungkin sangkut dengan coach, pengurusan hatta penyokong sekalipun. Kalau tengok Kedah main lani, jangan kata Azraai, SAF or Mourinho pun tak brani nak handle. Pengurusan duk kata tadak bajet, player lak tak paham peranan sebagai pemain profesional, camna team nak  maju. Kalau tak sepakat semua, jangan harapla Kedah nak bleh nek balik. Pakai duk kat takuk tu ja.

Ada member aku yang kata Kedah mungkin kena revamp abih satu team. Kira sampai buang abih hat konon-kononnya starman Kedah, iaitu player hat gaji banyak ribu tu. Cari ja pemain len hat nak gaji murah dan lagi baguih, amik ja player baru yang muda. Orang muda ni len skit, semangat nak men tu lebih, tak la ligan gaji sangat, so dia akan pulun main. Agak-agak bila hat muda tu berasa star, bagi ja dia men team len hahah. Kalu duk pusing camtu, sampai bila Kedah nak perform banyak tahun. Tapi tu la pihak pengurusan dan coach kena pikiaq camna nak sustain bagi lama. Penyokong ni cam besa la, kalau team kuat, konfem akan bagi sokongan sempoi punya. Bila ceroi tu, paham-paham ja la.

Dengan duk ada 7 8 game lagi ni, Kedah kena elak dari kalah kalau nak duk kat Liga Super musim depan. Bila duk Liga Perdana takut kot tadak orang dah nak pi SDA tu. Ntah-ntah, kalau nak bagi ramai orang pi stadium bleh la kot wat himpunan HIJAU dulu before game Kedah start. Sahih ramai orang akan pi, kena lak masuk free hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan