Jumaat, 8 Jun 2012

MBD special: Ulasan Kumpulan D


Kumpulan D:

England
Perancis
Ukraine
Sweden


Sebagai sebuah pasukan yang terkenal dengan populariti, England tidaklah begitu kuat kerana ketiadaan beberapa pemain utama gara-gara kecederaan, pergantungan dan tidak dipanggil menyertai skuad. England dilihat lemah di bahagian pertahanan kerana pengurusnya memilih untuk meletakkan pemain yang tidak begitu berpengalaman. Barisan serangan England turut goyah tanpa kelibat Rooney bagi dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Perancis akan memulakan aksi Euro 2012 dengan semangat tinggi selepas menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan dalam 21 perlawanan terdahulu, sama ada peringkat kelayakan mahupun persahabatan. Benzema pastinya menjadi titik fokal Perancis dan akan dibantu oleh Ribery dan Nasri. Pengurus Perancis, Blanc ternyata berjaya mengadunkan pemain dan taktikal untuk menjadikan Perancis pasukan yang menarik untuk ditonton.

Tidak seperti England yang mengharapkan ramai pemain muda, Ukraine lebih menaruh kepercayaan kepada pemain-pemain senior. Shevchenko dan Voronin antara pemain senior yang masih mendapatkan tempat dalan skuad Ukraine ke Euro kali ini. Secara peribadi, Ukraine tampak tidak begitu mengancam dan tidak akan mampu untuk menyaingi bagi merebut dua slot teratas kumpulan D.

Sweden bukanlah satu pasukan yang boleh dianggap lemah kerana mempunyai pemain-pemain yang cukup berbakat. Siapa yang tidak kenal dengan Ibrahimovic yang menjadi penyerang kepada AC Milan. Melberg yang telahpun berusia masih lagi mampu untuk disenaraikan dalam skuad Sweden. Elm dijangkakan akan mencuri tumpuan dengan aksi yang memberangsangkan di bahagian tengah.

Sepertimana kumpulan A, Kumpulan D juga tampak begitu seimbang bagi kesemua pasukan untuk layak ke suku akhir. Aku memilih Perancis untuk menjadi juara kumpulan sementara England terpaksa bersaing dengan Sweden terlebih dahulu sebelum berjaya mengiringi Perancis dengan berada di tangga kedua.

1 ulasan: