Keputusan perlawanan:
Manchester United 2
Antonio Valencia 81'
Ashley Young 86'
Blackburn Rovers 0
Ulasan perlawanan:
MU mengukuhkan cengkaman selaku peneraju carta BPL apabila membenam Blackburn Rovers (BR) dengan mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Ewood Park awal pagi tadi.
Walaupun memiliki majoriti penguasaan bola sepanjang perlawanan, namun MU gagal memecahkan kebuntuan dalam tempoh 80 minit. Debaran yang dialami dalam tempoh tersebut berjaya dikurangkan selepas Valencia meledakkan gol pertama MU menerusi rembatan cantik yang melencong masuk menerjah jaring BR.
Kegagalan MU untuk mencari gol yang menyebabkan terpaksa menanti sehingga 10 minit terakhir boleh dikatakan berpunca daripada ketidakberkesanan pemain MU untuk menghasilkan 'final pass' yang boleh menjaringkan gol. Selain itu, Rooney yang bermain di posisi sayap juga menyebabkan serangan MU sedikit tumpul kerana pertahanan BR berjaya membaca larian Chicharito sekaligus menafikan sebarang peluang yang benar-benar membolehkan MU mendapatkan gol.
Dengan meletakkan Jones bermain di samping Carrick dan Scholes, MU dilihat lebih cuba untuk menguasai kawasan tengah padang. Jadi, Rooney dan Valencia sahaja yang diharapkan untuk menggerakkan serangan MU sementara Chicharito menjadi fokal kepada serangan.
Mungkin ingin menggunapakai taktikal seperti cerita Ultraman yang berlawan dengan raksasa sehingga lemah, barulah akan menyerang dengan cara yang berkesan, MU tampak lebih mengancam sebaik sahaja Scholes, Chicharito dan Jones dikeluarkan. Kemasukan Giggs, Welbeck dan Young telah menambahkan sengat di bahagian serangan MU dan membolehkan Rooney bergerak lebih ke hadapan.
Barisan pertahanan MU terutamanya Ferdinand dan Evans harus diberikan pujian kerana berupaya menghalang serangan BR yang diketuai oleh Yakubu. BR cuba mengancam kubu MU menerusi percubaan-percubaan Nzonzi dan Hoilett, namun ketangkasan DDG yang sebelum perlawanan dipuji oleh SAF menafikan sebarang gol buat BR.
Rafael tampak selesa memberikan bantuan kepada Valencia walaupun kadang-kala berada di posisi yang tidak sepatutnya. Evra pula bermain secara efisyen apabila mengimbangi permainannya sama ada untuk bertahan ataupun naik ke atas.
MU berjaya meredakan terus debaran apabila Young menjaringkan gol kedua MU sekaligus mematikan semangat pemain BR untuk bangkit semula. Dua gol yang diperoleh sudah cukup untuk membolehkan MU menjarakkan kedudukan mata menjadi lima dengan Man City yang kini berada di tangga kedua. Kekalahan yang dialami oleh BR menyebabkan mereka tergelincir ke kelompok tiga pasukan terbawah apabila mempunyai perbezaan gol yang negatif melebihi QPR.
Pemain terbaik perlawanan:
David De Gea
Gambar perlawanan:
Bola menerjah jaring BR menerusi hantaran @ rembatan deras Valencia
Young memastikan kemenangan berpihak kepada MU menerusi gol kedua yang dijaringkannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan