Isnin, 2 April 2012

Real Madrid, Ronaldo dan Mourinho


Hujung minggu lepaih, mungkin sebab mentekedarah nescafe dua kali, petang dengan malam, aku bleh tidoq lambat pada Sabtu malam Ahad. Bila dah takleh tidoq awai, nak watpa lagi, layan bola la. Jadi, dah BPL dah abih awai, duk alih-alih la cenel tv tu dan tengok Real Madrid (RM) vs Osasuna. Masa aku buka tengok tu, RM dah leading 1-0, gol Benzema.


Bila dah tau ada gol, dahtu boh awai lak tu, aku rasa RM memang akan boh lagi gol dan mungkin akan menang besaq. Bukan pa, RM takmau la duk nak drop point lagi lepaih dua kali seri, teruih gap dari 10 point tinggai jadi enam ja depan Barcelona.

Teruih terang aku cakap, aku agak terkejut dengan gameplay RM. Rasa camna taktau, nak kata tak syok, bukan jugak. nak kata best sangat pun, tak jugak. Kira kalu nak banding time Figo dan Zidane men dulu, memang jauh beza la.

RM main terlalu direct. Maksud aku, dapat ja bola kat kaki, teruih nak sumbat pi ke depan, kira nak attacki ja gheja nya. Bila men gameplay camni, senang cerita, pemain akan main cara kalut sebab nak cepat wat passing untuk hantaq bola. Bila kalut, jadi kerap la buat mistake, pass tak sampai la, pass sangkut la, pass laju sangat la, dan macam-macam lagi la. Bila jadi camni, kira RM dah hilang ball possession dahtu nak kena retreat balik untuk defend dan cuba dapat bola balik.

Memang cukup kelam kabut RM main. Alonso yang patutnya jadi holding midfielder tak bapa nak menjadi peranan dia. Alonso ni kalu nak ikutkan kena la hold skit bola tu dahtu baru distribute pi mana pun. Tapi dia pun kalut nak hantaq jugak bola. Partner dia Granero tu haruih la. Cepat dan slalu hilang bola.

Taktikal hantaq bola cepat ni memang tak bapa sesuai untuk RM walaupun niat tu nak eksplotasikan larian laju penyerang RM terutamanya CR. Tapi bila tengok betoi-betoi, RM tak perlu pun men laju camtu sebab penyerang hat duk ada, Benzema dan Higuain pun bukan takat reti skor ja, tapi terer jugak dribble bola. Jadi, bila depa dua pun reti nak beat opponent, watpa nak men seropa taktik counter attack.

Mungkin aku ni lebih bias kat kelab BPL, tapi aku rasa RM mampu untuk men lebih elok lagi. Bukannya RM tak penah men lawa sebelum ini. Tapi mungkin jugak la Mourinho yang nak guna taktik camtu. Aku rasa kalau RM men dengan rilex skit, kontrol bola banyak skit kat kawasan tengah, lebih dari lima gol RM bleh skor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan