Keputusan perlawanan:
Manchester United 1
Chicharito 49'
Newcastle United 1
Demba Ba 64' (pen)
Ulasan perlawanan:
MU sekali lagi tersangkut dalam usaha untuk mengejar man city di tangga teratas liga apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan newcastle united (NU). gol chicharito yang dijaringkan pada awal separuh masa kedua telah disamakan kedudukan menerusi sepakan penalti kontroversi yang diambil oleh penyerang NY, ba seterusnya menyebabkan kedua2 pasukan berkongsi satu mata.
sebelum hari perlawanan, MU telah menerima satu khabar gembira dan satu khabar yang kurang enak. MU kelihatan ceria apabila mengetahui rooney dapat beraksi setelah dikatakan cergas. namun kegembiraan tersebut tidak panjang kerana MU kehilangan anderson yang mengalami kecederaan di bahagian lutut seterusnya bakal tersisih sehingga bulan februari nanti.
kehadiran rooney semula ke kesebelasan utama dilihat mampu untuk membantu MU untuk mencari kemenangan terutamanya selepas memperoleh keputusan seri 2-2 dengan benfica pada perlawanan pertengahan minggu dalam saingan UCL. rooney kembali diletakkan di posisi penyerang bersama2 chicharito diberikan tugas untuk menggempur kubu kuat NU yang merupakan antara yang terkebal dalam saingan BPL musim ini. benteng NU ternyata utuh menghadapi serangan2 MU apabila beraksi bermati2an menafikan banyak percubaan MU dan hanya melepaskan satu gol sahaja. selain itu, nasib juga memainkan peranan dalam menidakkan MU untuk menambahkan jaringan.
carrick benar2 mengemudikan bahagian tengah MU dengan baik. keberkesanan carrick membolehkan giggs menggerakkan serangan MU. namun begitu, nani dan young tidak begitu efektif sehinggakan giggs terpaksa bekerja keras untuk membantu rooney dan chicharito. nani dan young tampak gagal untuk mencari inisiatif bagi melepas kawalan kemas pertahanan NU selain kurang membantu dalam serangan MU.
bahagian pertahanan pula menyaksikan persembahan yang baik ditunjukkan oleh keempat2 pemain. fabio menunjukkan semangat yang membara manakala evra memberikan prestasi yang bagus. ferdinand dan vidic yang bergandingan di posisi pertahanan tengah tenang mengekang asakan penyerang NU. namun kesilapan penjaga garisan menghadiahkan sepakan penalti gara2 mengatakan ferdinand menjatuhkan penyerang NU membolehkan NU mendapatkan gol penyamaan. pengadil perlawanan yang pada awalnya hanya memberikan sepakan sudut telah membuat perubahan keputusan selepas berbincang dengan penjaga garisan. para pemain MU dan pastinya penyokong2 MU berang dengan keputusan pengadil yang berubah. tetapi keputusan tersebut adalah muktamad dan peluang tersebut tidak disia2kan oleh NU. DDG yang lebih banyak berehat sepanjang perlawanan kerana jarang diuji tewas menerusi sepakan penalti tersebut.
MU sememangnya boleh menyatakan bahawa keputusan pengadil memberikan sepakan penalti adalah salah dan menjadi sebab utama MU hanya memperoleh satu mata sahaja. namun begitu, MU perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan peluang2 yang dicipta untuk menjaringkan gol. kegagalan untuk mempergunakan peluang2 tersebut memberikan ruang kepada pasukan lawan untuk bangkit seterusnya memberikan keputusan yang kurang enak buat MU. kini MU perlu berusaha dengan lebih giat bagi memperkemaskan permainan jika tidak mahu berputih mata dalam menjuarai BPL musim ini. keputusan seri mahupun kalah haruslah dielakkan bagi mengejar man city yang selesa mendahului lima mata mengatasi MU.
Pemain terbaik perlawanan:
Tim Krul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan