MU pastinya ingin melupakan buat seketika keputusan seri 2-2 yang diperoleh pada perlawanan UCL pertengahan minggu ini memandangkan keputusan tersebut mengakibatkan nasib MU di UCL masih lagi terumbang-ambing. jadi, kunjungan newcastle united (NU) dilihat bakal menjadi platform buat MU merawat kedukaan selain meneruskan rentak kemenangan bagi mencabar man city yang kini berada di tangga teratas carta BPL.
SAF berkemungkinan besar akan melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama yang diturunkan ketika bertemu benfica. ini adalah kerana terdapat beberapa pemain yang memerlukan masa untuk berehat di samping memberikan peluang kepada pemain lain mengikut kesesuaian taktikal dan formasi yang akan digunapakai. tambahan pula, pertengahan minggu hadapan, MU akan mengharungi pula saingan suku akhir piala carling dengan menentang pencabar dari liga kejuaraan, crystal palace.
setelah tidak beraksi ketika MU bertemu benfica gara2 digantung satu perlawanan, kapten MU, vidic dijangkakan akan membarisi semula bahagian pertahanan MU. vidic rasanya akan digandingkan dengan pasangan hebatnya iaitu ferdinand. ketiadaan vidic benar2 memberikan kesan kepada pertahanan MU dan kehadiran semula vidic bakal memberikan semangat dan kelebihan kepada MU untuk menentang NU yang kini berada di tempat ketiga. ferdinand pula sejak kebelakangan ini telah memperlihatkan prestasi yang baik dan konsisten. ini memberikan khabar yang cukup gembira kerana ferdinand seolah2 telah kembali ke tahap yang memberangsangkan. bagi posisi rightback rasanya SAF akan meletakkan smalling yang kini telahpun pulih sepenuhnya dari kecederaan. evra pastinya tidak mampu untuk direhatkan kerana MU masih belum mempunyai pemain yang boleh beraksi seperti evra walaupun persembahan evra musim ini agak sedikit turun naik. sepertimana evra, DDG akan terus menjaga gawang gol MU.
bahagian tengah pula akan menyaksikan carrick terus menjadi pilihan menjadi penggerak MU. carrick akan menyambut kepulangan anderson yang akan beraksi berpasangan dengannya. dengan adanya anderson, MU tampak lebih mengancam ketika bergerak ke hadapan manakala carrick akan ditugaskan untuk mengawasi kawasan tengah padang. sayap kanan akan diberikan kepada nani yang setakat ini prestasi lebih baik berbanding valencia. young pula akan kembali ke posisi sayap kiri selepas beraksi sebagai back-up striker baru2 ini. ketiadaan young sebelum ini benar2 dirasai oleh MU kerana kita dapat lihat MU hanya mampu mencatatkan kemenangan menerusi keputusan 1-0 sahaja.
MU masih menanti sama ada rooney cukup cergas ataupun tidak untuk diturunkan bagi perlawanan hujung minggu ini. jika rooney tidak dapat beraksi, JSP akan diberikan peranan untuk menjadi penghubung kepada bahagian tengah dan serangan. bagi posisi penyerang, berbatov dilihat lebih berupaya beraksi secara keseorangan berbanding chicharito. selain itu, berbatov memiliki kawalan bola yang kemas dan ini membolehkan berbatov 'hold-up' permainan MU dan menanti sokongan dan bantuan rakan2. chicharito pula lebih sesuai diturunkan jika mempunyai pasangan memandangkan corak permainannya yang lebih 'direct'.
walaubagaimanapun, MU tidak boleh memandangkan mudah cabaran yang akan diberikan oleh NU. setakat ini, NU telah menunjukkan peningkatan yang bagus dan kekalahan di tangan man city hujung minggu lepas merupakan kekalahan pertama mereka musim ini. MU harus berwaspada dengan barisan tengah NU yang agak mantap. aku menjangkakan perlawanan hujung minggu ini bakal menjadi 'high-scoring game' di mana MU akan mencatatkan kemenangan 4-1 dan gol2 akan disumbangkan oleh berbatov, nani, valencia dan vidic.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan