perlawanan terakhir bagi peringkat suku akhir piala carling akan melibatkan saingan antara MU dan crystal palace (CP). tiga lagi perlawanan suku akhir telah berlangsung pada awal pagi tadi di mana liverpool, man city dan cardiff city berjaya menempah tiket ke separuh akhir. cardiff city merupakan salah satu daripada dua kelab mewakili liga kejuaraan telah membuat kejutan apabila menumbangkan blackburn rovers sekaligus akan cuba diulangi oleh CP. namun CP perlu menumpaskan MU terlebih dahulu jika ingin membawa cabaran kelab kejuaraan dalam merebut piala carling.
sepertimana yang telah disiarkan dalam media massa, SAF dikatakan akan memberikan peluang kepada 'fringe player' MU untuk menentang CP awal pagi esok. antara nama yang disebut adalah pemain muda MU berusia 18 tahun iaitu ravel morrison. selain morrison yang dikatakan pemain berbakat yang dihasilkan oleh akademi MU, seorang lagi pemain muda, paul pogba turut diberikan peluang beraksi. namun, mereka berdua dirasakan hanya akan beraksi sebagai pemain simpanan kerana SAF akan membariskan fletcher dan gibson untuk mengemudikan bahagian tengah MU. di bahagian sayap pula, tugas 'winger' akan diserahkan kepada JSP dan valencia, masing2 di kiri dan kanan.
SAF yang turut mengatakan akan merehatkan sebilangan besar pemain2 utama bagi memastikan mereka cergas bagi pertemuan BPL hujung minggu ini, akan membuat rombakan besar2an di bahagian pertahanan. smalling yang telah pulih dari keretakan kaki, akan menjadi tunjang di pertahanan tengah. smalling akan berpasangan dengan jones manakala rafael dan fryers akan beraksi di posisi rightback dan leftback. posisi penjaga gol MU pastinya milik lindegaard yang akan diberikan percayaan oleh SAF.
walaupun MU tidak akan menyenaraikan pemain2 utama, SAF pastinya tidak akan memandang mudah cabaran yang akan diberikan oleh CP. jadi bagi posisi penyerang, berbatov akan bergandingan dengan owen untuk mengetuai serangan MU. tetapi terdapat juga kemungkinan, SAF akan memberikan peluang kepada macheda dan MBD untuk beraksi secara pemain gantian.
MU akan cuba memberikan aksi yang bertenaga bagi memburu semula kemenangan selepas hanya mampu seri dalam dua perlawanan terdahulu. dengan berkelebihan beraksi di halaman sendiri, aku menjangkakan MU mampu memperoleh kemenangan 3-1 ke atas CP di mana gol2 akan dijaringkan oleh berbatov, owen dan fletcher.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan