Selasa, 22 November 2011

Bapa / Ibu kepada segala pingat emas



perlawanan malam tadi memang cukup mendebarkan bagi kedua2 negara yang bertarung untuk penentuan pemenang pingat emas acara bola sepak sukan sea ke26. di mana jua penyokong malaysia dan indonesia berada, jantung mereka pasti berdegup kencang apabila menyaksikan satu perlawanan bola sepak epik yang berlangsung selama lebih dua jam.

yang pasti, segala penat lelah dan kesukaran yang dilalui telah ditebus dengan cemerlangnya apabila skuad harimau muda malaysia berjaya menumpaskan skuad tuan rumah, indonesia menerusi penentuan sepakan penalti. walaupun terdapat beberapa pemain yang beraksi dengan baik dan mencuri tumpuan, namun pujian haruslah dihamburkan kepada seluruh pasukan termasuk barisan pegawai pengurusan dan kejurulatihan yang berusaha sehingga ke titisan darah terakhir.

malam tadi mencatatkan pelbagai sejarah tersendiri apabila boleh dikatakan banyak peristiwa pelik, suka, duka dan macam2 lagi dilalui oleh skuad bola sepak malaysia. bermula dari masalah kecederaan beberapa pemain utama, penginapan hotel yang jauh, kesukaran menjalani latihan sehinggalah terpaksa menaiki kereta perisai untuk turun ke padang bola telah menjadikan skuad muda malaysia menjadi sebuah pasukan yang matang dan berkeyakinan untuk memberikan sumbangan pingat emas paling bermakna dalam temasya sukan sea kali ini.

jika dilihat kepada kesebelasan utama, skuad harimau muda kelihatan sedikit tempang kerana tidak dibarisi oleh penyerang tinggi lampai, izzaq faris yang mengalami kecederaan. tugas penggempur diberikan kepada fakri saarani yang rasanya hampir kesemua rakyat malaysia agak bengang dengan aksi yang ditunjukkannya sepanjang perlawanan berlangsung. prestasinya bertambah buruk apabila fakri gagal menyempurnakan sepakan penalti yang hampir2 mengundang padah kepada malaysia.

formasi 4-5-1 yang digunakan sejak awal saingan sukan sea menampakkan keberkesanan taktikal dan strategi yang dicongakkan oleh jurulatih malaysia, ong kim swee (OKS). para pemain malaysia rata2nya tampak serasi dan beraksi dengan baik melalui formasi sedemikian. kehadiran baadrol bakhtiar menjadi kapten turut menarik perhatian selain beliau diletakkan di posisi lebih ke tengah menjadi playmaker sekaligus menonjolkan bakat dan kemahiran baddrol yang sememangnya diakui bagus sebelum ini. namun begitu, OKS masih lagi tercari2 pasangan yang terbaik untuk baddrol apabila beberapa kali meletakkan nazmi faiz, shukor jusoh dan gurusamy. mungkin nazmi yang hanya berusia 17 tahun tampak lebih cemerlang di samping baddrol. 

bahagian sayap juga menampakkan saingan yang bagus di kalangan pemain harimau muda. pemain2 seperti asraruddin putra, fandi othman, syahrul azwari dan yong kuong yong antara nama2 yang boleh diketengahkan lagi. jika tidak kerana tidak begitu cergas dan sedikit masalah kecederaan, OKS tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama pada perlawanan akhir sehingga terpaksa memberikan peluang kepada thamilarasu yang tidak begitu berkesan apabila melakukan serangan tetapi beraksi baik ketika membantu pertahanan.

tabik hormat perlu diberikan kepada pemain pertahanan malaysia terutamanya kepada muslim ahmad dan fadhli shas. kedua2 mereka benar2 menjadi tunjang kepada kekebalan benteng malaysia. kehebatan mereka turut dibantu oleh mahali jasuli dan zubir azmi yang beraksi dengan baik di posisi rightback dan leftback. namun begitu, mereka juga kadang kala melakukan kesilapan apabila berhadapan situasi kelam kabut dan seterusnya mengakibatkan pasukan lawan mampu mengancam pintu gol malaysia. tetapi, seorang lagi wira malaysia iaitu khairul fahmi juga tidak dapat dinafikan sumbangannya. selaku pemain skuad senior, khairul fahmi tidak menghadapi masalah untuk memberikan persembahan bertenaga apabila kerap menjadi benteng terakhir malaysia menidakkan percubaan pasukan lawan.

secara keseluruhannya, harimau muda mampu menyerlah lagi jika diasuh dan dilatih dengan baik. yang penting, pasukan ini memerlukan disiplin yang cukup tinggi jika ingin beraksi dengan mantap demi mengharumkan nama malaysia. selain itu, kebangkitan bola sepak malaysia telah menyebabkan ramai rakyat malaysia kini telah celik mata tentang arena bola sepak tempatan. ini merupakan suasana yang bagus tatkala kita selama ini hanya dihidangkan dengan aksi bola sepak luar negara. sokongan dari semua rakyat malaysia, tidak mengira tua muda, lelaki ataupun perempuan benar2 mengharukan dan TERBAEK!!!!!


AAAUUUMMMMMM!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan