Khamis, 17 November 2011

Gol ke2000, duo pemain MU kembali, kontrak baru, etc....


1. pemain tengah everton, marouane fellaini telah menandatangani kontrak baru untuk terus kekal bersama everton untuk lima musim lagi. sebelum ini, fellaini mempunyai 18 bulan sahaja untuk kontrak lamanya tamat dan telah disasarkan oleh beberapa kelab lain. namun, dengan tawaran kontrak baru ini, pemain berusia 23 tahun ini akan kekal di goodison park.

2. diberitakan dalam masa 48 jam, pemain sayap man city, adam johnson akan menandatangani kontrak baru di mana gajinya akan dinaikkan daripada 40 ribu pound kepada 80 ribu pound. walaupun gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama man city secara kerap, johnson masih lagi diberikan kepercayaan oleh pengurusnya, roberto mancini untuk beraksi dalam beberapa perlawanan penting.

3. pengurus england, fabio capello memuji pemain muda MU, phil jones kerana mempunyai bakat dan kemahiran yang baik untuk beraksi dalam skuad england pada usia yang muda. selain itu, jones juga berkemampuan untuk beraksi dalam beberapa posisi memberikan capello pilihan dalam memilih strategi dan taktikal yang akan digunapakai bagi menghadapi sesuatu perlawanan.

4. pemain tengah england, gareth barry secara sahnya menjadi penjaring gol ke2000 england apabila pengadil perlawanan persahabatan england dan sweden menyatakan dalam laporannya bahawa barry menjaringkan gol tunggal perlawanan di mana gol tersebut merupakan gol kemenangan england.

5. MU menerima khabar gembira apabila dua pemainnya, tom cleverly dan ashley young berkemungkinan besar akan kembali beraksi hujung minggu ini. kehadiran semula cleverly dan young akan menambahkan kemampuan dan keyakinan MU untuk mengejar man city yang kini menerajui takhta BPL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan