Khamis, 24 November 2011

Malaysia vs Syria


malam tadi malaysia yang diwakili oleh harimau muda tewas 0-2 kepada syria dalam pusingan kelayakan olimpik 2012. boleh dikatakan rata2 jutaan peminat bola sepak malaysia akur dengan kekalahan tersebut dan mengatakan keletihan menjadi faktor utama skuad harimau muda gagal untuk mencatatkan sekurang2nya keputusan seri dengan syria.

mungkin ramai tertanya ke mana pergi baddrol bakhtiar yang cukup menyinar ketika saingan sukan sea baru2 ini. baddrol atau lebih dikenali sebagai bad tidak boleh beraksi bersama skuad harimau muda kerana bad bukanlah pemain asal pasukan tersebut. bad hanya dipinjam dari skuad senior malaysia dan dipanggil menyertai skuad bola sepak sukan sea pada saat2 akhir. mungkin kerana pengalaman dan bakat yang dimilikinya, bad diberikan kepercayaan oleh jurulatih malaysia, ong kim swee untuk menggalas tugas selaku kapten pasukan. tetapi selepas berakhirnya sukan sea, bad tidak lagi mempunyai tempat dalam skuad harimau muda.

berbalik kepada skuad harimau muda, mereka dilihat mampu menyaingi syria pada separuh masa pertama. bahagian tengah malaysia agak mantap dengan adanya nazmi dan gurusamy. mereka berdua diapit dengan berkesan oleh fandi dan wan zack. tetapi oleh kerana mungkin tidak cergas sepenuhnya, wan zack tidak beraksi sepertimana yang telah ditunjukkan. 

barisan penyerang malaysia memang cukup mengecewakan. thamilarasu dan fakri menampakkan kelemahan yang nyata sekaligus menyebabkan malaysia kurang sengat ketika melancarkan serangan. fakri seolah2 meneruskan persembahan buruknya sejak dari sukan sea apabila tidak memberikan sumbangan yang bermakna buat pasukan.

apa yang membanggakan adalah barisan pertahanan malaysia yang menunjukkan konsisten dalam setiap perlawanan. muslim dan fadhli kemas di pertahanan tengah manakala mahali dan zubir bijak memainkan peranan di posisi rightback dan leftback. kecemerlangan mereka turut dibantu oleh ketangkasan khairul fahmi menjaga gawang gol malaysia.

keputusan 0-2 membuktikan malaysia berupaya untuk memberikan cabaran kepada syria walaupun tidak memperoleh rehat secukupnya. malaysia perlu bangkit untuk memperkemaskan lagi corak permainan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

AAAUUUMMMMM!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan