Sabtu, 17 September 2011

Preview: MU vs Chelsea

ahad malam ini, MU akan beraksi dalam perlawanan ketiga BPL di halaman sendiri untuk bertemu chelsea. jika dilihat secara terperinci jadual perlawanan MU di halam sendiri, perlawanan menentang chelsea merupakan perlawanan ketiga di tempat sendiri dan lawan MU adalah kelab dari london, sepertimana spurs dan arsenal dalam dua perlawanan di OT sebelum ini. jadi, MU diharapkan dapat mengekalkan rekod cemerlang seperti mana yang ditunjukkan apabila menentang spurs dan arsenal apabila melayan kunjungan chelsea.

setelah SAF melakukan rombakan dan kesebelasan utama MU untuk perlawanan UCL pertengahan minggu ini, sudah pasti SAF kembali akan menyenaraikan pemain2 terbaiknya yang telah direhatkan. young, anderson dan nani merupakan antara nama pemain yang terawal disenaraikan dalam kesebelasan utama MU. selain mereka bertiga, de gea, ferdinand dan jones akan turut kembali beraksi.

yang agak memeningkan kepala adalah untuk mengenalpasti pemain tengah MU yang sesuai untuk digandingkan dengan anderson selepas cleverly mengalami kecederaan. ketika ini, SAF mempunyai pilihan seperti carrick, fletcher mahupun giggs untuk berpasangan dengan anderson bagi menggerakkan bahagian tengah MU. carrick dilihat memiliki keupayaan untuk melindungi barisan pertahanan MU dan dapat membuka permaianan MU dari jarak jauh tetapi kurang mobiliti. giggs pula lebih terarah kepada serangan dan tidak begitu efektif memberikan perlindungan ataupun mengacau permainan lawan. fletcher mampu untuk menjadi 'box-to-box midfielder', efektif ketika menyerang mahupun bertahan tetapi mengalami isu dari segi kecergasan dan 'match sharpness'. ini menjadi dilema buat SAF untuk memilih calon terbaik untuk berpasangan dengan anderson.

jika mengambilkira persembahan dan 'availability' pemain, aku merasakan kesebelasan utama MU untuk bertemu chelsea adalah seperti berikut:

de gea

jones - ferdinand - smalling - evra

nani - anderson - giggs - young

rooney

chicharito

menerusi formasi ini, rooney akan diperlukan untuk memberikan sokongan kepada bahagian tengah MU ketika chelsea menguasai bola. secara tidak langsung, akan mengurangkan beban kepada anderson dan giggs untuk mengimbangi dan menghalang pergerakan pemain chelsea. nani dan young pula akan digunakan untuk melancarkan serangan menerusi larian2 pantas dan aku merasakan young akan kembali menyinar dan memberikan persembahan bertenaga selepas aksinya yang agak bersahaja ketika MU bertemu bolton wanderers hujung minggu lepas. nani berdepan tugas berat apabila berhadapan dengan ashley cole dan oleh sebab itu, young perlu memainkan peranan yang berkesan jika ingin melihat MU mengatasi cabaran chelsea. seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini, chicharito berkemampuan untuk mengucar-kacirkan pertahanan chelsea melalui larian pantas dan kebijaksanaan mencari ruang dan peluang terbuka bagi membuat percubaan ke arah pintu gol chelsea.

walaupun media menggembar-gemburkan bahawa MU bakal berhadapan saingan sengit dari chelsea di OT nanti, aku tetap yakin MU mampu menewaskan seteru utama kejuaraan BPL ini dengan mencatatkan kemenangan besar. aku menjangkakan MU mengalahkan chelsea dengan keputusan 5-1, dengan rooney sekali lagi mencatatkan hatrik, dan dua gol lagi disumbangkan oleh chicharito dan young.

2 ulasan:

  1. sayang...dh hmpir nk kena predict ang..smlm mmg patut rooney hatrik2..huhu..tekejut gak rio xdak..mybe injured kot?...kagum melihat jones.,apa bila dia naek keatas pasti akan menghasilkan sesuatu..pembelian yg ckup berbaloi...huhu

    BalasPadam
  2. takpa. yg penting 3 point tu dan hat len drop point. so mana dia biggest challenge utk MU so far??? hahahaha

    BalasPadam