Sabtu, 10 September 2011

Preview: MU vs Bolton Wanderers

MU kembali beraksi di tempat lawan selepas bermain di halaman sendiri dua kali berturut2 ketika bertemu dua kelab london iaitu spurs dan arsenal. awal pagi esok, MU akan berkunjung ke stadium reebok untuk berhadapan dengan bolton wanderers (BW) selepas BPL berehat hampir dua minggu kerana perlawanan antarabangsa.

MU diharapkan dapat memberikan fokus sepenuhnya bagi perlawanan menentang BW dan tidak lagi dibuai mimpi indah tatkala menumbangkan arsenal dengan keputusan 8-2. BW sudah pasti lawan yang cukup mencabar buat MU kerana umum mengetahui corak permainan yang lebih fizikal acapkali diterapkan oleh BW. hantaran2 jauh dari bahagian pertahanan ke kawasan kotak penalti lawan akan dilakukan manakala penyerang2 BW yang diketuai oleh kaptennya, kevin davies tidak teragak2 untuk membuat bentesan dan lonjakan yang keras.

diberitakan SAF tidak akan mengambil risiko untuk  berhadapan dengan serangan bola tinggi BW apabila akan meletakkan lindegaard sebagai penjaga gol utama MU bagi perlawan tersebut. ini tidak bermakna SAF kurang berpuas hati dengan de gea, tetapi lebih dilihat sebagai tindakan berjaga2 memandangkan de gea masih lagi di peringkat pembelajaran dan penyesuaian diri dengan corak permainan dalam BPL.

ferdinand berkemungkinan besar akan diturunkan untuk bergandingan dengan jones di bahagian pertahanan tengah manakala smalling dan evra mengisi slot fullback kanan dan kiri. di bahagian tengah pula, anderson bakal berpasangan dengan fletcher yang kini telahpun pulih daripada kecederaan. fletcher tampak cergas ketika mewakili scotland selain berjaya menjaringkan gol ketika negaranya bertemu republik czech. nani dan young akan terus menjadi pilihan SAF untuk posisi sayap memandangkan prestasi mereka berdua amat baik ketika ini dan agak sukar bagi valencia mahupun JSP untuk bersaing dengan nani dan young.

bahagian serangan akan menyaksikan sedikit perubahan di mana rooney akan bergandingan dengan chicharito. ini adalah kerana penyerang muda MU, welbeck mengalami kecederaan dan dijangkakan hanya akan beraksi pada minggu hadapan. kehadiran chicharito dalam kesebelasan utama MU akan memberikan kelebihan kepada MU dari segi kepantasan ketika melancarkan serangan berbanding meletakkan berbatov.

MU pastinya mengharapkan duo pemainnya iaitu rooney dan young untuk terus menunjukkan prestasi yang cemerlang. kedua2 mereka bukan sahaja cemerlang di kelab, malah bermain dengan bagus ketika mewakili skuad england. aku menjangkakan BW akan memberikan saingan yang sengit kepada MU terutamanya terhadap pemain2 muda MU seperti jones dan smalling. walaubagaimanapun, MU akan terus mengekalkan rentak kemenangan dengan memperoleh tiga lagi mata dari stadium reebok dengan keputusan 4-1 dan gol2 tersebut akan disumbangkan oleh rooney, chicharito, young dan nani.

GLORY GLORY MAN UNITED!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan