disebabkan cuti yang panjang sebab nak sambut eidulfitri dan takdak masa yang cukup lama untuk online kat umah, jadi banyak benda la jugak aku miss untuk diupdate dalam blog aku ni. bukan apa, bila dah duk ada kat umah, anak pun duk ada, bleh online sat2 ja.
aku kira miss dua benda yang betoi2 best untuk weekend sebelum raya. apa lagi preview dan review untuk game MU-arsenal la. kalu nak ikutkan, aku memang bajet MU bleh menang mudah la dengan arsenal dengan margin 3-4 gol. bukan apa, arsenal lani tengah ada masalah kecederaan teruk dan kehilangan 2 3 pemain utama yang berpindah. jadi, memang takdak masalah buat MU nak menang tambah2 main kat OT lak. alih2 MU bleh la pi bantai arsenal sampai 8-2.
corak yang MU duk tunjuk dalam tiga game BPL musim ni agak lebih adventurous. passing pun makin laju. yang bestnya, lani dah ada supply crossing dari kiri dan kanan yang baguih. so, kalu ada ja striker kat depan, memang senang nak sumbat gol. sebelum ni MU duk harap kat valencia ja. lani dah ada young, berdesup jugak la winger MU. yang menarik jugak adalah SAF tak bapa nak terapkan main guna defensive midfielder. kira tadak midfield yang main terlalu deep dan hanya standby depan back-four ja. tapi bila lawan chelsea ka, liverpool ka, rasanya takleh kot pakai taktik camni. bukan apa, chelsea dan liverpool tu ada midfield hat cekang dan susah kalu MU tak letak holding midfielder.
pemain2 muda MU dah semakin mantap. cuma bila usia tu muda, yang jadi masalah adalah konsistensi. boleh kata semua pemain muda ada masalah ni. bila baguih tu, memang cukup baguih tapi takleh nak sustain. hopefully cleverly, jones dan smalling dapat buktikan sebaliknya. ada persoalan yang timbul macam mana MU nak handle kalu cleverly dan anderson tiba2 dip in form. carrick dan fletcher saja proven midfield yang ada. gibson tak bapa nak harap sangat. sebab tu ada jugak segelintir fan MU yang kecewa bila MU tak dapat proceed dengan pembelian sneijder.
katanya yang menjadi punca MU tak dapat sneijder adalah personal term. mula2 dulu sneijder takmo nak reduce permintaan gaji yang mana sneijder nak dekat 200k++ seminggu tapi MU berani nak offer 160k ja. selebihnya kata sponsor MU, nike nak cover. dahtu timbul lak kata sneijder minta MU beli umah ka, keta dia ka kat itali, tapi MU tolak jugak. tu yang jadi stumble block sneijder nak join MU. tapi, khabar angin terbaru kata sneijder akan cuba setelkan urusan perpindahan ke MU bulan januari nanti.
bila duk sembang2 dengan member lepas game MU-arsenal, ada macam2 pendapat la kluaq. antaranya, kesilapan pengurus arsenal, arsene wenger untuk juai fabregas dan nasri di saat akhir. maksudnya, bila liga dah mula, dahtu kalut juai player, takdan la nak cari pengganti. patutnya, kalu player2 tu dah set memang nak blah, bagi ja green light dahtu guna duit yang dapat tu untuk beli player secepat yang mungkin. jadi bila player baru tu mai, depa dah bleh mula training dan cuba serasikan diri dengan pasukan. sebab tu la kot, bekas pengurus arsenal, george graham kata SAF memang bijak apabila beli young, jones dan de gea sebelum mula pre-season lagi. senang nak set-out teamplay camna.
tahniah la buat SAF sebab dapat award manager of the month. MU pun tengah top of the chart dengan 9 mata, kongsi dengan man city. good start la from MU. mungkin bleh repeat balik performance cam season lepas dan improve result kat tempat lawan. striker man city, edin dzeko dapat award player of the month bagi bulan ogos. lani dzeko tengah leading scoring chart dengan 6 gol dan diikuti dengan rooney yang dah score 5 gol. rooney bagi aku memang nampak enjoy duk kat MU selepas musim lepas habaq kata nak kluaq dari MU. prestasi baguih rooney ni bukan takat berguna untuk MU tapi untuk england juga.
so, insya-allah hujung minggu ni, aku akan sambung balik posting2 aku cam besa tatkala MU akan lawan dengan bolton di tempat lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan