Rabu, 14 September 2011

Preview: MU vs Benfica

awal pagi esok, MU akan memulakan saingan UCL musim ini dengan bertandang ke portugal untuk bertemu naib juara liga portugal, benfica. MU dilihat berada di prestasi terbaik dan melakukan persediaan secukupnya untuk bertemu benfica selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas bolton wanderers hujung minggu lepas.

sepertimana yang sudah diketahui, pemain pertahanan senior, ferdinand diketepikan dari skuad 19 orang pemain yang berlepas ke portugal. ini bagi memastikan ferdinand cergas 100% bagi menghadapi perlawanan BPL hujung minggu ini menentang chelsea di OT. ketiadaan ferdinand memberikan peluang kepada pemain muda untuk mengisi slot dalam kesebelasan utama MU. 

benfica boleh dikatakan kelab terkuat berbanding dua lagi kelab yang diundi bersama MU dalam kumpulan C. ini adalah kerana benfica mempunyai beberapa pemain yang bagus seperti alex witsel, pablo aimar dan javier saviola. benteng pertahanan benfica juga agak kukuh dengan adanya garay dan luisao. pemain muda benfica, witsel sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke MU.

bagi aksi pertama UCL musim ini, aku menjangkakan SAF akan membuat rombakan besar2an terhadap kesebelasan utama, dari posisi penjaga gol sehinggalah posisi penyerang. bagi posisi penjaga gol, rasanya SAF akan memberikan kepercayaan kepada lindegaard dan di barisan pertahanan pula akan diisikan oleh smalling, jones, evans dan fabio. agak sukar untuk menentukan sama ada smalling ataupun jones akan beraksi di posisi rightback memandangkan kedua2 mereka berkemampuan untuk beraksi di posisi tersebut.

dengan cuba menggunakan formasi 4-4-2, SAF akan meletakkan carrick dan giggs sebagai gandingan di bahagian tengah. kedua2 mereka akan diapit oleh valencia di sayap kanan manakala JSP di sayap kiri. keempat2 pemain ini akan memberikan kekuatan di bahagian tengah MU memandangkan mereka masing2 mempunyai pengalaman dan akan memberikan perlindungan secukupnya kepada bahagian pertahanan MU yang dibarisi oleh pemain2 muda. pastinya valencia akan menjadi nadi penggerak serangan2 MU ke arah pintu gol benfica. bahagian serangan pula pastinya akan membariskan gandingan berbatov dan owen, secara tidak langsung rooney dan chicharito dapat direhatkan buat seketika. berikut merupakan kesebelasan utama MU:

lindegaard

smalling - jones - evans - fabio
valencia - carrick - giggs - JSP

berbatov - owen

jika mengambilkira keupayaan pemain2 yang diletakkan dalam kesebelasan utama di atas, tidak mustahil bagi MU untuk mengutip tiga mata penuh dari portugal. namun, aku menjangkakan MU hanya berupaya mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas benfica menerusi jaringan berbatov dan owen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan