Rabu, 11 Januari 2017

Tahniah Faiz


Syabas Faiz Subri kerana jaringannya telah ditabalkan sebagai jaringan terbaik di dunia bagi tahun 2016.

Siapa sangka, pemain bola sepak dari Malaysia berjaya menempatkan namanya di kalangan pemain-pemain terhebat dunia. Inilah yang terjadi kepada pemain Pulau Pinang, Faiz Subri apabila jaringannya melalui sepakan percuma ketika menentang Pahang membolehkan dirinya merangkul anugerah berprestij apabila ditabalkan sebagai jaringan terbaik di dunia.

Walaupun tidak begitu menyinar dalam arena bola sepak tempatan, ianya tidak menghalang Faiz Subri dari mencipta namanya di peringkat dunia dan kejayaannya itu pastinya akan diingati sampai bila-bila dan sedikit sebanyak mengharumkan nama Malaysia dalam bola sepak.

Apapun, syabas dan sekalung tahniah buat Faiz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan