Khamis, 26 Januari 2017

250 gol bersama United


Rooney telah mencipta rekod selaku penjaring terbanyak MU apabila meledakkan gol ke-250 nya ketika menjaringkan gol penyamaan buat MU semasa bertemu Stoke City (SC) hujung minggu lepas.

Rekod 249 yang dipegang oleh Bobby Charlton selama hampir 50 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh Rooney menerusi sepakan percuma menarik ketika MU terpaksa berpuas hati memperoleh satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan SC.

Di usia 31 tahun dan beraksi kurang 200 perlawanan berbanding Charlton, Rooney berjaya melepasi jumlah gol Charlton sekaligus menempatkan dirinya antara pemain lagenda yang pernah beraksi bersama MU. Walaupun sepanjang kariernya bersama MU tidak menjadi penyerang utama secara tetap, namun kemampuan Rooney untuk memperoleh 250 gol merupakan satu rekod yang cukup cemerlang. 

Rooney kini perlu menguatkan semangat dan membuktikan kesungguhannya untuk kembali mendapatkan tempatnya dalam kesebelasan utama MU apabila kerap disisihkan oleh JM. Perjalanan Rooney dalam kariernya selaku pemain bola sepak masih lagi jauh dan sekurang-kurangnya mampu untuk meledakkan gol untuk 3 atau 4 musim lagi.

JM merasakan Rashford mampu untuk memecahkan rekod Rooney ini tetapi SAF sendiri mengakui bahawa rekod yang dicatatkan oleh Rooney ini akan sukar disaingi oleh pemain lain memandangkan suasana bola sepak hari ini, agak sukar untuk seseorang pemain untuk kekal dalam satu kelab lebih dari 10 tahun. 

1 ulasan:

  1. The chief executive of Malaysia Airlines said Wednesday that the carrier recorded a profit in February, its first positive monthly result in years, and is on track to return to the black by Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.

    BalasPadam