Rabu, 11 Januari 2017

Selangkah ke final


MU berjaya memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Hull City (HC) dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama dalam Piala EFL awal pagi tadi.

Dua gol MU dijaringkan oleh Mata dan Fellaini membolehkan MU mendapatkan bekalan selesa bagi menghadapi perlawanan separuh akhir pusingan kedua nanti. Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, MU gagal merobek pertahanan HC yang cukup cemerlang mengekang asakan MU dalam separuh masa pertama.

Namun, untuk separuh masa kedua, MU tampak bermain dengan lebih 'urgency' dan berjaya menghasilkan gol pertama menerusi tolakan mudah Mata yang menyudahkan tandukan Mkhitaryan. Valencia ternyata menjadi watak penting dalam setiap serangan MU ke atas pertahanan HC apabila kerap memulakan serangan dari arah kanan. MU terpaksa menunggu sehingga penghujung perlawanan untuk menarik nafas lega apabila memperoleh gol kedua menerusi tandukan menarik Fellaini selepas menerima hantaran silang daripada Darmian. 

JM nampaknya tidak mengambil mudah walaupun dalam merebut Piala EFL dengan menurunkan kesebelasan utama yang agak kuat dan mungkin menjadikan Piala EFL ini sasaran piala pertama buat JM dalam menjadi pengurus MU. Selain itu, JM juga berjaya membawa MU untuk menjulang kemenangan 9 berturut-turut dan pastinya perlawanan bertemu dengan Liverpool hujung minggu ini, JM akan memastikan agar MU terus mencatatkan kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan