Kurang seminggu sahaja lagi MU akan menyaksikan kelibat pengurus baru, DM mengambilalih tugas yang ditinggalkan oleh SAF secara rasmi. Perkara atau isu pertama yang rasanya akan diberikan perhatian oleh DM adalah berkenaan Rooney.
Rooney - Ingin kekal atau berhijrah?
Ketika ini, Rooney berada di situasi yang tidak menyebelahi dirinya. Kebanyakan peminat MU (termasuk aku heheh...) merasakan Rooney sudah tidak sesuai untuk menyarung jersi MU kerana gagal menunjukkan prestasi yang tidak setimpal dengan gaji yang dibayar oleh MU kepada dirinya. Di samping itu, dengan skuad sedia ada, Rooney tampak sukar untuk diletakkan di posisi yang benar-benar dapat memberikan impak kepada MU.
RVP pastinya menjadi pilihan utama untuk mengetuai serangan MU manakala Chicharito yang sememangnya mempunyai rekod gol yang cemerlang sedang mengintai slot sebagai pasangan kepada RVP, itupun jika MU masih lagi ingin mengekalkan formasi standard 4-4-2. Bagi formasi 4-2-3-1 pula, Kagawa pula pastinya ingin beraksi 'in the hole' iaitu posisi di tengah-tengah antara bahagian serangan dan tengah memandangkan Kagawa ternyata cukup cemerlang ketika berada di posisi tersebut, sepertimana yang ditunjukkan ketika di Borussia Dortmund dan Jepun.
Jika MU berjaya mendapatkan seorang penyerang yang bagus seperti Lewandowski atau Cavani, peluang Rooney untuk beraksi dalam kesebelasan utama MU tampak semakin kecil. Jadi, kini menjadi tanggungjawab DM bagaimana untuk menangani isu Rooney, sama ada melepaskannya ke Barcelona yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Rooney ataupun mengekalkan Rooney di MU dengan menjanjikan peranan yang berkesan kepada Rooney.
Rooney diberitakan menjadikan Barcelona sebagai destinasi terbarunya jika beliau melangkah keluar dari MU. Tidak dapat dinafikan, apabila berada di tahap terbaik, Rooney mampu memberikan sumbangan bermakna kepada pasukan sama ada melalui daya kreativiti, kerajinan atau ketajaman di hadapan pintu gol lawan. Tetapi, Rooney kelihatan sukar untuk kembali menunjukkan kesemua itu selain kadang-kala mengalami masalah yang tidak diduga di luar padang.
Beberapa berita daripada internet menyatakan Thiago Alcantara telah menyatakan persetujuan untuk menyertai MU. Walaubagaimanapun, masih belum ada berita rasmi di samping Barcelona yang dikatakan sedang berusaha meyakinkan Thiago untuk terus kekal di Sepanyol.
Mampukah Thiago menjadi 'successor' kepada Scholes?
Minat MU terhadap Thiago lebih terarah mencari pengganti Scholes yang mengambil keputusan untuk bersara. Thiago dilihat mempunyai potensi dan bakat untuk menjadi pemain tengah berkaliber seperti Scholes dan yang paling penting, kemampuannya telahpun terbukti dan tidak sukar untuk MU mencari ruang buat Thiago untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
MU juga dikhabarkan tidak mencetakkan nama Valencia untuk jersi bernombor 7 baru-baru ini sekaligus menimbulkan spekulasi mengatakan MU sedang berusaha keras bagi mendapatkan semula khidmat CR. Sehingga kini, CR belum menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid dan ini sedikit sebanyak memberikan ruang kepada MU untuk memikat CR melalui kerjasama dan bantuan kewangan daripada Nike dan Chevrolet.
Jika dilihat kepada saingan BPL musim hadapan, tiga kelab yang menghuni tiga tempat teratas musim lepas akan menyaksikan orang baru menjadi pengurus/jurulatih masing-masing. MU mengambil DM untuk menggantikan SAF yang bersara, Pellegrini menyertai Man City selepas Mancini dipecat manakala Mourinho kembali semula ke pangkuan Chelsea semula.
Siapa yang akan menyinar musim hadapan?
Ketiga-tiga kelab ini dirasakan akan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan ini dilihat sebagai peluang kepada Arsenal dan beberapa kelab lagi yang tanpa pengurus baru untuk berada di tempat teratas. Walaubagaimanapun, tugas tersebut tampak sukar untuk dilakukan selepas Man City dan Chelsea bersedia berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain baru bagi memperkuatkan pasukan.
MU memerlukan sekurang-kurangnya dua pemain baru bagi memperkemaskan pasukan terutamanya di bahagian tengah. Carrick memerlukan pasangan yang baru dan aku merasakan slot ini akan diisikan oleh sama ada Thiago atau Strootman. Penyerang berbisa seperti Cavani atau Lewandowski pula akan memberikan kelebihan buat MU terutamanya bagi saingan UCL.
Kini, para peminat bola sepak eropah terutamanya BPL masih lagi gundah gulana menanti saat tirai saingan liga kembali dibuka semula. Walaubagaimanapun, yang positifnya adalah tibanya bulan Ramadhan sewaktu tiadanya perlawanan bola sepak seterusnya memberikan ruang kepada umat Islam beramal ibadat.
PEACE!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan