Isnin, 17 Jun 2013

Apa yang mangkaq sangat Malaysia ni


Sepertimana yang kita semua telah ketahui, skuad Malaysia sudahpun selamat tiba negara selepas menjalani beberapa perlawanan persahabatan di Australia. Berdasarkan siaran di televisyen, rata-rata pemain dikatakan berpuas hati kerana telah mempunyai pengalaman beraksi dalam skuad negara. Jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal turut gembira kerana para pemain menunjukkan komitmen dan seterusnya mampu untuk menyediakan skuad negara untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia nanti.

Tetapi itu semua bolehlah dianggap sebagai lakonan di lapisan atas sahaja. Ini adalah kerana sebahagian besar peminat bola sepak tempatan sudahpun mengetahui bahawa keputusan untuk membawa skuad negara menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan ke Australia merupakan sesuatu yang merugikan. Banyak persoalan yang berlegar-legar berkenaan skuad Malaysia ke Australia.


Yang pertama adalah FAM dikatakan telah membelanjakan satu jumlah wang yang besar untuk membawa pasukan Malaysia ke Australia. Kenapa FAM perlu menggunakan wang yang banyak semata-mata untuk membolehkan skuad negara hanya untuk menjalani latihan. Adakah di Malaysia tidak sesuai untuk para pemain mengadakan latihan? Adakah cuaca terlalu panas? Atau FAM mempunyai agenda terselindung di sebaliknya pemergian skuad negara ke Australia.

Yang kedua adalah perlawanan persahabatan melibatkan kelab bola sepak yang tidak menonjol atau tidak ternama di Australia. Siapakah yang memilih kelab-kelab tersebut untuk menentang skuad negara? Apakah kriteria pemilihan tersebut? Pada pendapat aku, kita tidak perlu untuk pergi sejauh itu untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Pilih sahaja mana-mana kelab dari liga Singapura atau Thailand yang sememangnya mempunyai prestasi yang bagus.

Sudahlah Malaysia hanya bertemu dengan kelab bawahan, malah gagal mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Benar, ianya perlawanan persahabatan, tetapi jika kemenangan yang dicapai dapat memberikan sesuatu yang positif terhadap pemain-pemain Malaysia.

Bola sepak Malaysia tampak semakin parah dan terjejas dengan keputusan yang bukan-bukan FAM. Pemilihan pemain untuk mewakili negara juga menjadi kontroversi kerana kadang-kala dilihat hanya pemain yang digemari sahaja akan diambil walaupun prestasi pemain tersebut dalam liga tempatan hambar. 


Berdasarkan ranking semasa FIFA, Malaysia kini berada di tangga ke-159. Kedudukan yang ternyata amat mengecewakan tetapi dipandang remeh oleh FAM. Bagaimana bola sepak Malaysia hendak maju sekiranya FAM masih lagi berada di takuk yang sama di bawah pengurusan tertinggi yang hanya memikirkan jawatan dan nama sahaja.

Ketika ini, agak sukar untuk merombak FAM. Walaupun setiausaha agung silih bertukar-ganti, FAM tidak mampu mencorakkan perkembangan bola sepak Malaysia selagi tiada rombakan secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan