Manchester United 2
Wayne Rooney 22', 90+2'
Atletic Bilbao 3
Fernando Llorente 44'
De Marcos 72'
Iker Muniain 90'
Ulasan perlawanan:
MU jelas tertekan sejak tiupan sepak mula apabila Atletic Bilbao (AB) beraksi dengan hantaran-hantaran kemas dan memiliki penguasaan bola yang banyak. Ini mengakibatkan MU terpaksa banyak bertahan dan gagal untuk mengekang pergerakan mantap bahagian tengah AB.
Pemilihan pemain bagi kesebelasan utama MU sedikit sebanyak menjadi faktor kekalahan MU kepada AB. Evans yang sebelum ini agak bagus di samping Ferdinand, nampak tidak mempunyai persefahaman yang baik sama ada dengan Smalling mahupun Jones. Ketiadaan Ferdinand telah diekploitasikan dengan baik oleh AB apabila penyerang tinggi lampai mereka, Llorente boleh dikatakan memenangi setiap situasi bola tinggi.
Kerapuhan benteng pertahanan MU bertambah teruk apabila Rafael yang sebelumnya bermain dengan baik tiba-tiba menjadi alpa sekaligus membolehkan AB memperoleh gol ketiga. Evra yang seharusnya menjadi pemimpin di bahagian pertahanan turut gagal memainkan peranan. Terus terang boleh aku katakan pertahanan MU memang kelam kabut sepanjang perlawanan dan bersetuju dengan kekecewaan SAF terhadap prestasi buruk pertahanan MU. Mujur DDG beraksi dengan baik dan berjaya mengelakkan MU daripada bolos lebih dari tiga gol.
Bahagian tengah MU yang diterajui oleh Jones dan Giggs tidak menampakkan kesan yang positif terutamanya Jones yang terikut-ikut dengan rentak pantas yang ditunjukkan oleh AB. Seharusnya, MU cuba untuk memperlahankan tempo permainan memandangkan AB bermain secara pantas. Tugas sebegini sepatutnya dilakukan oleh Carrick kerana Jones lebih tertumpu kepada mengganggu permainan AB.
Selain itu, JSP juga lebih banyak berusaha untuk bertahan berbanding menggerakkan serangan. Jadi, gerakan serangan MU hanyak dimulakan menerusi Giggs ataupun Young. Namun, kekentalan benteng pertahanan AB menghadkan pergerakan Giggs dan Young. Ini sekaligus menyebabkan Rooney kerap berada di kawasan tengah padang bagi mendapatkan bola manakala Chicharito terpaksa bersendirian di atas.
MU seharusnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan yang dialami awal pagi tadi walaupun pengadil dan penjaga garisan turut memberikan keputusan yang sedikit kontroversi. Setakat ini, prestasi MU di halaman sendiri dalam saingan peringkat eropah agak kurang memuaskan. Hal ini turut disuarakan oleh SAF sebelum berlangsungnya perlawanan awal pagi tadi.
DDG perlu diberikan pujian dan terima kasih kerana memberikan persembahan yang cukup mantap. Kelibatnya berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya AB. Kemasukan Nani, Carrick dan Anderson pada pertengahan babak separuh masa kedua telah memberikan sedikit suntikan kepada serangan MU. Namun, kesilapan dan kealpaan di barisan pertahanan MU telah mengakibatkan MU gagal mencari bekalan selesa untuk perlawanan pusingan kedua nanti.
Pemain terbaik perlawanan:
Iker Muniain
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsetuju dengn pilihan permain terbaek,selain dr dea gea..walaupun kecik tp licik..muda lg kot noh tgok pada rupa tu..huhuhu
BalasPadammmg defend MU ceroi pagi tadi. kesian jgk la kat evans dan DDG. jenuh jgk la 2nd leg nnt...
BalasPadam