Jumaat, 16 Mac 2012


Nak dijadikan crita, game MU vs Atletic Bilbao tak dapat aku nak tengok. Bukan apa, tenet umah aku ada problem, so sangkut skali la dengan cenel astro umah aku tu. Lagipun, wat pertama kalinya aku memang konfiden MU tak mampu nak turn over defisit gol. Senang kata, aku predict MU kalah dan secara automatiknya, aku jadi malas nak tengok. 


Berdasarkan ulasan dan report yang ada dalam tenet, bleh aku simpulkan yang MU mempunyai banyak kelemahan untuk bersaing dalam peringkat eropah. Barisan pemain yang duk ada lani bukannya tak cukup ummmpphh, tapi hanya memadai untuk saingan BPL saja. Mai tang eropah, tak bleh nak meletup sebab bukan takat kurang pengalaman, tapi tak bapa pandai nak adapt gameplay team-team eropah yang sentiasa deploy taktikal dan strategi yang pelbagai, berbeza dengan BPL yang kebanyakannya bermain secara dengan gameplay yang hampir sama week in week out.

salah satu faktor terbesaq prestasi buruk MU dalam eropah musim ni adalah tiadanya playmaker yang bleh dictact game. Maksud aku, bleh kontrol gameplay MU bukan saja ikut taktikal yang diplan sebelum game, tapi mampu ubah masa game duk tengah jalan. kira bleh modify game bila perlu.

jika musim panas lepas, MU try nak amik Sneijder. tapi bila duk nego, last-last tak jadi sebab tak bapa nak setuju pasai kes gaji. tapi bagi aku, kira lega jugak la Sneijder tak masuk MU sebab form dia dalam musim ni, memang dah betoi-betoi drop. Inter Milan dalam musim ni turut drop bila Sneijder tak menjadi. So, kalu betoi Sneijder join MU dan flop, tobat sakit hati punya la. Cukup la Berbatov sorang ja hahah.

Memang patut la MU cari player len. Pasai tu la kot SAF sendiri pi tengok Hazard men. Biaq tengok dengan mata kepala sendiri performance Hazard, evaluate kemahiran dan kreativiti. Harga pun tak semahai Sneijder. Dan seropa jugak la dengan gaji. Mungkin tak sampai 100 ribu pun.

Midfield baru yang kreatif memang diperlukan oleh MU. Nak harap kat Scholes sampai bila. Giggs pun takleh nak main kerap. Berguna untuk game-game tertentu ja. MU bukannya takdak player yang power, tapi cam aku mention kat atas, masih tak cukup uummpphh. Cleverly masih lagi tak tau posisi mana yang best untuk dia. Anderson lak ada masalah cedera. Seropa la jugak dengan Fletcher. Jadi tinggai Carrick ja. MU kalu dapat partner Carrick yang bleh men konsisten dan baguih, konfem MU mampu perform kat eropah.

Cukup la aku merapu. Bahasa yang aku guna pun tah hapa-hapa. Harap paham la no. Adios.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan