Khamis, 8 Mac 2012

Preview: MU vs Atletic Bilbao - UEFA Europa League


Awal pagi esok, MU akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati 'Round of 16' UEL dengan melayan kunjungan wakil dari Sepanyol, Altletic Bilbao (AB). MU pastinya bakal berhadapan tugas berat memandangkan AB bukanlah calang-calang pasukan yang kini sedang menghuni tangga kelima dalam La Liga.


Selaku beraksi di halaman sendiri terlebih dahulu, MU dilihat akan menerapkan strategi yang lebih menjurus kepada serangan bagi memburu banyak gol untuk dijalankan bekalan selesa sebelum bertandang ke Sepanyol pada minggu hadapan. Sepertimana yang dikatakan baru-baru ini, SAF telah meminta para pemain MU untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing terutamanya di OT. Ini adalah kerana dalam saingan eropah musim ini, MU hanya mampu memperoleh satu kemenangan sahaja dari empat perlawanan yang diadakan di OT. 

SAF dijangkakan akan melakukan sedikit rombakan pada kesebelasan utama MU yang diturunkan ketika bertemu Spurs baru-baru ini. Di bahagian pertahanan, Jones akan diletakkan di bangku simpanan dan posisi rightback akan diberikan kepada Rafael. Berdasarkan perlawanan terdahulu, Jones dilihat tidak begitu efektif ketika membantu serangan MU. Jadi Rafael merupakan pilihan yang agak baik jika SAF ingin melihat bahagian kanan MU lebih produktif ketika menyerang tanpa menjejaskan pertahanan MU.

Gandingan Evan dan Ferdinand sekali lagi menjadi taruhan SAF untuk memastikan MU tidak melepaskan sebarang gol bagi memastikan peluang MU cerah untuk layak ke peringkat suku akhir UEL. Evra pastinya terus menggalas tugas selaku kapten pasukan.

Scholes terpaksa direhatkan memandangkan dalam usia yang lanjut, agak sukar bagi Scholes untuk beraksi dengan kerap. Jadi, tempatnya di samping Carrick akan diambil oleh Giggs. Posisi sayap MU mungkin akan turut menyaksikan perubahan dengan Nani akan mengisi slot di sayap kanan manakala PJS di sayap kiri. Walaupun menjadi pemain terbaik perlawanan dan menjaringkan dua gol, Young masih kurang menyengat dalam corak permainan dalam saingan eropah. Sehubungan itu, kudrat PJS pasti ditagih sama ada untuk bertahan atau melakukan serangan.

Dengan menggunakan formasi 4-4-1-1, SAF mungkin akan memilih Chicharito untuk beraksi selaku goal poacher. Kebijaksanaan dan kepantasan Chicharito akan dieksploitasikan sepenuhnya bagi merobek pertahanan AB. Rooney pula bakal menjadi penghubung antara bahagian tengah dan serangan. Selain itu, Rooney juga sedikit sebanyak dapat membantu bahagian tengah MU apabila AB memiliki penguasaan bola.

Walaupun AB tampak akan melakukan kejutan di OT, namun aku memilih MU untuk mencatatkan kemenangan. Jika semua pemain MU beraksi dengan baik dan mendapatkan gol awal dalam tempoh 15 minit pertama, MU akan memperoleh sekurang-kurangnya bekalan tiga gol untuk dibawa ke perlawanan pusingan kedua nanti.


Line-up MU

DDG

Rafael - Evans - Ferdinand - Evra

Nani - Carrick - Giggs - PJS

Rooney

Chicharito


GGMU!!

2 ulasan:

  1. sempoi..terbaek bro,teruskan mengulas..
    bg aku lak,dpat rasakan mungkin welbeck sekali lg diturunkan sebagai penyerang,permainan dia semakin meningkat..uhhhu

    BalasPadam
  2. hahah tq.

    aku pilih chicha bukan apa, sbb MU nak ada constant attacking threat. chicha kan pandai bab nak split defender. welbeck bkn takleh, cuma kadang2 dia suka drift kluaq. so bila rooney duk minta bola dan welbeck pun melilau cari ruang, so tadak sapa la dlm kotak penalti lawan...

    BalasPadam