Rabu, 1 Jun 2011

News on MU

1. nampaknya michael owen telah memperoleh kepercayaan SAF apabila kontraknya bersama MU dilanjutkan untuk semusim lagi. walaupun ruang owen untuk beraksi dalam skuad utama agak terhad selepas kecemerlangan chicharito dalam musim pertamanya dalam BPL, owen dijangkakan masih mampu untuk memberikan sumbangan kepada MU bagi saingan musim hadapan.

2. dikhabarkan dimitar berbatov telah menyerahkan notis ingin berhijrah dari MU selepas aksi perlawanan akhir UCL baru2 ini. dikatakan berbatov berbuat demikian kerana tidak berpuas hati kerana diketepikan dalam skuad yang dibariskan oleh SAF untuk berhadapan dengan barcelona yakni berbatov bukan sahaja gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama, malah tidak tersenarai bagi berada di bangku simpanan. timbul juga khabar angin mengatakan newcastle united berminat untuk mendapatkan berbatov pada harga 7.5 juta pound walaupun diberitakan MU bersedia untuk melepaskan berbatov melibatkan yuran perpindahan 10 juta pound. namun, berita terbaru menyatakan berbatov tidak langsung berhasrat untuk berpindah keluar dari MU dan ingin terus menabur bakti di bawah pengurusan SAF.

3. setelah otai MU, paul scholes membuat keputusan untuk menggantungkan but bola sepaknya, seorang lagi pemain MU akan mengikut jejak langkah scholes. pemain tersebut adalah owen hargreaves yang dibelenggu oleh masalah kecederaan yang teruk. diberitakan baru2 ini MU tidak lagi berminat untuk menyambung kontrak hargreaves untuk kekal di MU apabila kontraknya tamat musim panas ini. mungkin disebabkan kontraknya tidak disambungkan lagi oleh MU serta masalah kecederaan yang dialami, hargreaves bakal memilih keputusan untuk bersara pada usia yang agak muda.

4. jika sebelum ini nama wesley sneijder disebut2 kerana dikaitkan dengan perpindahan ke MU, namun kini tumpuan telah beralih ke arah pemain tengah spurs, luca modric. oleh kerana gagal melayakkan diri untuk beraksi dalam UCL musim hadapan, spurs dikatakan akan menghadapi musim panas yang mencabar apabila dijangkakan beberapa pemain utamanya akan berhijrah ke kelab lain untuk membolehkan mereka beraksi dalam UCL. selain modric, gareth bale dan rafael van der vaart antara pemain yang disebut akan keluar dari spurs. dikatakan spurs bakal meminta yuran perpindahan sebanyak 50 juta pound ke atas bale manakala modric sekitar 25 juta pound. berdasarkan pendapat bekas pemain spurs, darren anderton yang mengatakan modric layak untuk menggantikan scholes sebagai playmaker MU.

3 ulasan:

  1. Kalau ikut mata kasaq aku, posisi yang nak kena isi (back-up atau pemain baru) ialah tengah menyerang & bertahan, sayap kiri & bek kiri. Posisi tengah perlukan pemain yg lebih berpengaruh & experience (bertahan@menyerang). Kalau attac. mid muda, lebih elok yg def. mid tu otai sikit…star player kalau boleh….bek kiri kena cari back-up la…evra la selalu dah off position…& kantoi ngan gol plak tu…sayap kiri kembali bermasalah…option sekarang ialah Nani, PJS & Giggs…tp semuanya tak konsisten…Nani terbaik disebelah kanan…Valencia kalau kena defend yg boleh baca game dia…habis kompom xjalan langsung…kalau Owen & Berbatov stay…maka department ni dah xperlukan new striker…Macheda, Diouf mahupun Welbeck nmpk makin kelam ja masa depan depa…Welbeck sj yg masih ada harapan...

    BalasPadam
  2. based on the internet, striker muda yang ada peluang kat MU adalah welbeck. diouf cam hg cakap la, payah skit. mungkin nasib dia kat team lain kot. macheda lak cam hampeh. tadak improvement sangat walaupun dah pi main dalam serie A. kira dua pemain muda yang ada harapan, welbeck dgn cleverly ja lani.

    emm giggs tak mungkin dah kot deploy men kiri. better stay kat central ja. so option untuk winger dah tinggai kat nani, valencia dan JSP. valencia memang dah chup dah kot kanan tu, kiri ja tak konfem. masalah la jugak sebab nani pun superb kat kanan ja. mungkin kalau dapat young, MU akan mantop kiri kanan.

    BalasPadam
  3. yee...kena dptkan young laa,klu nk cari yg harga okla serta pengalaman men bpl...boleh la setel masalha kiri tu..

    BalasPadam