Jumaat, 3 Jun 2011

Cerita-cerita pagi

1. bekas pemain MU, mark hughes telah meletakkan jawatannya sebagai pengurus fulham kerana dikatakan berminat untuk menggantikan tempat gerard houllier sebagai pengurus aston villa. dikhabarkan hughes telah diberikan tawaran untuk menjadi pengurus aston villa yang baru melalui perjanjian mulut walaupun pengurusan aston villa nafi berbuat sedemikian.

2. dikhabarkan arsenal bersedia untuk melepaskan kapten mereka, cesc fabregas kepada real madrid dengan yuran perpindahan 54 juta pound. real madrid benar2 berminat untuk mendapatkan fabregas dengan bersedia untuk berbelanja besar bagi memastikan fabregas tidak menyertai barcelona dan man city. selain fabregas, real madrid turut mensasarkan penyerang atletico madrid, sergio aguero. disebabkan timbul spekulasi tentang perpindahan aguero, real madrid diberitakan akan menjual penyerang mereka, gonzalo higuain sekaligus menarik minat beberapa kelab seperti spurs dan liverpool.

3. pemain spurs yang disasarkan oleh MU, luca modric telah meminta kelab dan pengurusnya untuk membelanjakan wang bagi mendapatkan lagi pemain2 yang bagus untuk menyertai spurs. jika spurs gagal berbuat demikian, modric akan melangkah keluar dari spurs untuk menyertai kelab lain yang beraksi dalam UCL.

4. setelah dikatakan akan keluar dari OT selepas berselisih faham dengan SAF, wes brown kini menjadi sasaran kepada sunderland dan bolton wanderers. sepertimana yang diketahui, sunderland yang dibarisi dengan beberapa bekas pemain MU amat berminat untuk mendapatkan brown. walaubagaimanapun, SAF mungkin akan melepaskan brown ke sunderland sekiranya brown dimasukkan dalam perjanjian perpindahan melibatkan pemain muda sunderland, jordan henderson yang diminati oleh SAF. manakala bolton pula melihat brown sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan pemain pertahanan mereka, gary cahill yang berkemungkinan akan berhijrah ke kelab lain pada musim panas ini.

5. spurs terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang MU, ruud van nistelrooy yang akan menyertai kelab sepanyol, malaga selepas kontraknya bersama hamburg tidak disambungkan lagi. penyerang berusia 35 tahun telah menandatangani kontrak selama satu tahun untuk beraksi di malaga, kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan qatar yang kaya.

4 ulasan:

  1. menarik gak klu mark hughes terajui aston villa, tu pun klu betoi2 aston nk mik dia laa..aston ni boleh dikira mempunyai beberapa player yg bagus hasil asuhan martin oneil dulu...plyer england pun ramai kt aston..

    BalasPadam
  2. 2 main player dia macam nak blah dari aston villa. young MU nak, downing liverpool nak. keeper dia friedel pun akan blah hjg musim ni sbb kontrak tak renew dah.

    BalasPadam
  3. aston villa ni sepatutnya antara mid club yg selalunya akan jg pengacau utk kelab2 atas la…tp season ni teruk…defend depa ceroi sgt…attacking move ok dah….mid pun lepas xdak milner…habis la….hilang punca…petrov pun xperform dah...

    BalasPadam
  4. Spurs yg paling rugi sbnrnya…duit banyak..tp beli player tah apa2….beli 5 1 ja ok…vdv main ok…tp injury prone nmpknya…season ni lelong habis la kot…Keane, Palacios, Huddlestone, Pavlyunchenko, Jenas, Gomes, Hutton….sapa lagi???…silap2 star dia Modric & Bale pun kena juai..tp buat duit cukup bijak levy ni…juai kaw2 pun…MU kena dah…Carrick & Berbatov bukan sikit tu bayaq…ni silap2 kena lagi pa kalau dok kata nak amik jugak Modric…dapat peluang main UCL takat sekali tu ja kot…nasib baik Liverpool xpotong dlm liga…huh

    BalasPadam