Khamis, 9 Jun 2011

12 juta ja?

laaaa 12 juta pund ja hang nak offer kat MU? untuk 3 player lak tu? amboi2, hang ingat tak power ka tiga2 player tu? hang nak wat lawak ka steve bruce oi!

ni la berita terbaru yang kata pengurus sunderland, steve bruce nak offer 12 juta pound kat MU untuk beli darron gibson, john o'shea dan wes brown. kalau takat 2 orang ja, sapa lagi kalau bukan brown dan gibson, bleh jugak la terima. ni nak include skali dengan o'shea. biaq betoi? mustahil la kot SAF nak lepas utility man dia ni. sunderland ni memang duk ada banyak jugak duit sebab duit 20 juta lebih (kot) yang depa dapat masa juai darren bent kat aston villa tak guna pun. dahtu campoq lagi dengan duit hat sunderland akan dapat lepas juai henderson kat liverpool, ada kot dalam 20 juta pound lagi, tu yang banyak duit nak spend tu.

gibson bukannya tak baguih, cuma takdak yang extra skit dalam attribute dia. nampak cam tak bapa nak creative. bagi aku, level gibson ni lebih kurang dengan sorang lagi bekas player muda MU, rodrigo possebon. skill memang ada, tapi potensi untuk dikembangkan macam tak bapa nak ada lagi dah. mungkin sesuai la kot next season pi sarung jersi team lain dan mana tau, rezeki dia lebih baguih sampai bleh jadi core player team tu. kat MU, tadak tempat la kot.

sapa suruh hang pi bikin masalah dengan SAF. walaupun brown ni antara produk MU yang bleh kata baguih, tapi brown la pi komplen kat SAF sebab tak dapat main kerap. dah la jarang2 main, pi komplen lak, sahih la lagi tak dapat main. kalau tak salah, mula main untuk MU, nu masa tahun 1998. orang time tu siap leh kata, england ada sorang defender muda yang baguih, dan mungkin akan jadi kapten england masa ke depan nanti. tapi brown ni tak mampu nak maintain konsisten dia, dahtu kerap sangat duk cedera. bila ada dua sebab ni, power la tara mana pun, orang tak bapa mau sangat dah. tambah2 lak kat MU yang memang nak tiap2 player dia perform game in, game out. brown ni aku duk nampak, akan jadi cam phillip neville la, star dalam team lain sebab ada pengalaman banyak, serta background mantap, ya la bekas player MU la katakan.

aku rasa tak mungkin la MU akan lepas o'shea ni. mr. utility ni memang banyak jasa kat MU. bukan apa, o'shea kan leh main banyak posisi, jadi memang cukup berguna la sebagai cover untuk sapa2 pun. role dia pun dari dulu macam tu. mungkin sebab dah berumoq kot, tu yang kelab lain duk rasa MU akan lepas o'shea ni. tapi, aku rasa mustahil la. 

takat la, 4 player dah konfem tadak kat MU musim depan. mokata tiga2 player hat aku mention kat atas ni blah, 7 orang dah tadak. sambil tu macam aku cerita sebelum ni, giggs pun mungkin akan bersara jugak lepas tersiarnya berita skandal seks dia. bukan apa, dengan dah berumoq ni, nak pulun main apa sangat bila orang2 duk tak suka dia. kalau giggs betoi2 bersara, memang MU kena wat major overhaul la. la ni, 3 player baru yang dah 70-30 nak join MU untuk musim depan, iaitu phil jones, david de gea dan ashley young.

2 ulasan:

  1. steve bruce ni minat sngguh dgn plyer2 mu..kira mmg hebat2 plyer mu ni..ahhaha..sunderland ni dh mcm mu kedua..hahha

    BalasPadam
  2. steve bruce kan anak murid SAF. so mmg ada kautim nya. kurang2 depa hat kluaq MU ni leh jadi main player team lain...

    BalasPadam