takat la, dah konfem 4 orang yang takkan ada kat MU untuk musim depan. 3 bersara dan seorang lagi tak disambung kontrak. 4 orang tu adalah edwin van der sar, gary neville, paul scholes dan owen hargreaves. dan mungkin ada 3 4 pemain lagi yang bakal ikut jejak langkah depa. wes brown mungkin dah tak dapat tempat dah kot untuk defender MU. maklumla, back-up untuk central defender dah baguih dengan adanya smalling dan evans. bagi posisi fullback ja yang duk nampak ada masalah sebab lani rasanya ada 4 pemain ja iaitu fabio, rafael, o'shea dan evra. maybe MU kena cari at least sorang lagi yang bleh cover defend department. mungkin sebab ni la kot MU duk berkenan dengan defender muda perancis, raphael varane yang katanya bleh main mana2 posisi defender. tapi mungkin la kot, musim depan SAF dah mola percaya kat fabio dan deploy dia kat leftback dan adik dia, rafael kat rightback untuk game2 tertentu. memang betoi la apa yang dikata sebelum ni yang fabio ni lagi superb dari rafael, cuma lambat skit nak bloom. tak mustahil jugak la fabio ni nail down kat rightback.
tengok pulak kat posisi keeper. bersaranya VDS, MU duk ada 3 lagi keeper iaitu kuszczak, lindegaard dan amos. kuszczak rasanya mungkin akan blah dari MU musim panas ni, tapi tak join la kot kelab2 BPL. lindegaard lak masih lagi unproven walaupun mungkin ada banyak potensi. amos tu kira tahap back-up la sebab umoq pun muda lagi. minggu sudah duk kata MU dah nak wrap-up deal untuk beli keeper atletico madrid, david de gea. tapi yang latest kata hujung bulan ni kot baru tau sama ada betoi ka dak de gea masuk MU. de gea ni muda la jugak, tapi dah ada pengalaman nak dekat 2 tahun jadi 1st team goal keeper. dahtu duk ada potensi nak ganti iker casillas sebagai keeper sepanyol.
kat tengah ni, macam member aku, ajie duk kata, MU ada masalah besaq untuk posisi playmaker dengan defensive midfielder. takat lani, dengan tadak hargreaves dah, rasanya tinggai carrick ja kot yang bleh main defensive midfielder. tu pun si carrick ni pun bukannya pure defensive mid. tapi sebab nak masyuk dengan taktikal, carrick ni dibagi jugak role defensive mid. kira baguih la jugak main cuma bila mai midfield lawan cekang skit, jenuh la skit carrick nak kampoi. fletcher lak bagi aku lebih kepada bila MU nak pegang kawasan tengah. fletcher ni duk nampak tak bapa nak pandai cover defender tapi bila bab nak kaco game lawan ka, turun naik atas bawah, bleh kat dia la. gibson lak aku rasa satu ja kot kelebihan dia dari orang lain iaitu terer shoot jauh. attribute lain tu rasa cam besa ja sebab gibson ni lebih kepada central mid. giggs lak mungkin dah full time dah kot untuk central mid dan rasanya giggs hanya bleh main superb bila carrick pair dengan dia. hat nampak berlain skit dari depa semua ni sapa lagi kalau bukan anderson. mungkin dah tiba masa untuk SAF dengaq nasihat bekas coach brazil supaya bagi anderson ni main free role bila jadi attacking midfield. bukan apa, dulu2 anderson ni orang kata ada gaya main sama cam ronaldinho dan memang aku akui la. berani dribble bola dan bijak cari ruang kosong bila MU tengah attack. cuma yang kurangnya long shoot dia la. tapi takpa, hat ni bleh lagi repair thru latihan. tapi kalau MU bleh sorang yang pure playmaker cam sneijder ka, van der vaart ka, modric ka, memang lagi mantop la.
sayap MU lani dah mula kurang option. hat betoi2 bleh main, maksud aku yang selalu konsisten, 3 orang ja, valencia, JSP dan nani. hat lain cam bebe dan obertan tu kira macam bagi cukup kouta ja. depa dua ni sahih tadak dah kot kat MU musim depan, sama ada kena juai takpun bagi pinjam kat team lain. berita baik adalah cleverly dah balik mai MU lepas satu musim main kat wigan. nampak cleverly ni main cam baguih jugak. kat wigan pun memang duk main winger. so, kurang2 MU dah la bagi jadi option untuk winger tu 4 orang. valencia memang duk tau dah, dia ni memang pure old school right winger. sebab apa aku kata macam tu pasai valencia ni cara dia main direct ja. tolak bola, lari ligan bola. tadak orang block, cross bola. tadak fancy2 dribble bola dan tak teringin langsung nak cut back masuk tengah. kira main rapat kanan ja, sama cam stail winger lama2 dulu. dahtu valencia ni memang takleh nak boh belah kiri sebab tak bleh pi. nani lak, perform baguih punya kat kanan masa valencia tadak. tapi bila letak balik kat kiri, tak bapa nak menjadi walaupun nani ni kira bleh la main guna kaki kiri kanan. bukan tak baguih nani ni, cuma kadang2 kecewa sangat dengan decision making dia dan kadang2 suka menyusahkan diri sendiri bila takmau main simple. JSP memang la antara pemain paling fit dalam MU, tapi ntahla, tak bapa nak menjadi jugak bila main winger kadang2 tu. JSP ni lebih minat nak masuk ke tengah untuk support striker. jadi role winger dia memang tah ke mana la. sebab ni la MU nak sangat beli ashley young. young ni bukan takat laju, tapi bleh main kiri kanan. cuma lani MU kena fight dengan liverpool la kalu nak beli young, sambil kena tunggu aston villa ready nak juai dia ka dak.
striking force untuk musim depan rasanya dah tadak masalah sangat dah. chicharito memang penawar mujarab yang MU duk cari selama ni. 20 gol dalam debut season, mana mau cari beb. sebelum ni duk harap kat rooney ja, dan ramai pakat duk menyampah kat berbatov. tapi bila ada chicharito, pakat2 lega abih. rooney nampak betoi2 serasi dengan chicharito. mungkin chicharito bleh pakai no.9 lak kot musim depan. owen pun dah dapat sambung kontrak semusim lagi dan berbatov jugak kata nak stay kat MU sampai abih kontrak dia. nampak sangat tak bagi MU buat duit skit heheh. welbeck yang baguih kat sunderland musim ni konfem ada role dia nanti kat MU. minta maap la kat diouf dan macheda sebab depa dua ni mungkin tadak tempat dah dalam skuad. tapi taktau la kot2 SAF ada plan lain kat diouf dan macheda ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan