Selasa, 20 September 2016

Tiga kali dah oi


MU sudahpun tewas tiga kali berturut-turut dalam musim ini.

MU menunjukkan aksi yang cukup memberangsangkan dalam tiga perlawanan liga dan perlawanan Perisai Komuniti di awal musim tetapi dalam tiga perlawanan terakhir, MU tewas kesemuanya.

Selepas tewas 1-2 kepada Man City dalam saingan BPL, MU tunduk 0-1 kepada wakil Belanda dalam Europa League, Feyenord dan yang terbaru, MU ditewaskan 1-3 oleh Watford. Keputusan bagi ketiga-tiga perlawanan amat mengecewakan memandangkan MU boleh dikatakan menurunkan kesebelasan utama yang kuat yang turut membariskan pemain termahal dunia iaitu Pogba.

Dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut, Pogba seakan-akan tiada di atas padang. Dengan formasi 4-2-3-1, Pogba tidak dapat mencorakkan permainan MU kerana terpaksa membantu pasangan tengahnya untuk tugas defensif dan mengekang permainan pihak lawan. Ini sekaligus menghadkan pergerakan Pogba untuk bergerak lebih ke atas bagi membantu serangan.

Pogba tampak lebih selesa beraksi menerusi gandingan tiga pemain tengah sepertimana yang dimiliki oleh Pogba ketika bersama Juventus atau Perancis. Dengan adanya dua pemain tengah lain, Pogba tidak perlu risau jika beliau tidak berada di kawasan tengah padang memandangkan kedua-dua pemain tengah tersebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pogba.

Mungkin JM perlu membuat perubahan dari segi formasi iaitu dari 4-2-3-1 kepada 4-3-3. Selain itu, JM seharusnya memberikan peluang kepada Carrick dalam kesebelasan utama MU bagi membantu Pogba memandangkan Carrick memang cukup selesa dan disiplin apabila bermain secara 'deep'. Satu lagi posisi pemain tengah bolehlah diisikan sama ada oleh Herrera ataupun Schneiderlin. 

Bagi tiga pemain serangan, aku masih yakin Rooney dan Ibrahimovic merupakan pilihan terbaik MU bagi merobek pertahanan lawan. Tetapi disebabkan kedua-dua mereka tidak mempunyai kelajuan, Rooney dan Ibrahimovic memerlukan seorang pemain yang mampu berlari pantas. Jadi, posisi untuk seorang lagi penyerang menjadi rebutan antara Mkhitaryan, Martial dan Rashford.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan