Selasa, 20 September 2016

Pulun Kedah Pulun


Syabas dan tahniah buat Kedah kerana layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2016.

Kemenangan besar 5-0 ke atas Negeri Sembilan  di Alor Setar baru-baru ini dalam perlawanan suku akhir pusingan kedua membolehkan Kedah melangkahkan kaki ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.

Walaupun sekadar seri 0-0 dalam pusingan pertama, Kedah berjaya memberikan aksi yang bertenaga untuk membelasah Negeri Sembilan di mana kedua penyerang import Kedah iaitu Shane Smeltz dan Thiago Agusto masing-masing meledakkan dua gol.

Kedah akan bertemu dengan PDRM di peringkat separuh akhir selepas PDRM berjaya mengetepikan cabaran Kelantan. Satu pertembungan lagi untuk perlawanan separuh akhir adalah di antara Selangor dan T-Team.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan