Jumaat, 23 September 2016

Lega aihh dah menang balik


MU mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas kelab Liga Satu, Northampton dalam perlawanan Piala EFL.

Tiga gol MU dijaringkan oleh Carrick, Herrera dan Rashford membolehkan MU mencapai kemenangan sekaligus layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan. Sepertimana yang diketahui, MU telah diundi untuk bertemu dengan Man City bagi pusingan kalah mati tersebut.

JM memberikan kepercayaan kepada Rooney untuk mengepalai serangan MU selepas meletakkan Ibrahimovic dan Rashford di bangku simpanan. Ternyata keputusan JM tidak berjaya mendapatkan hasil positif apabila Rooney gagal untuk meledakkan sebarang gol. Dengan persembahan yang agak hambar, Rooney dikritik teruk oleh peminat MU. Rooney sememangnya tidak lagi mampu beraksi sebagai penyerang tunggal dan Rooney amat memerlukan pemain lain untuk posisi tersebut sementara Rooney bertindak sebagai 'support'. 

Persembahan Carrick ternyata mencuri tumpuan kerana bukan sekadar menjaringkan satu gol malah Carrick turut memainkan peranannya dalam membuka permainan MU dari tengah padang. Selain itu, kesefahaman yang ditunjukkan oleh Carrick beraksi di samping Herrera membuktikan kemampuan mereka untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama MU di perlawanan akan datang. 

Rashford pula terus cemerlang dengan aksi yang cukup bertenaga. Kesungguhan dan kerajinannya sepanjang perlawanan membolehkan dirinya menjaringkan 1 gol. Namun, JM perlu bijak untuk bagaimana menggunakan Rashford bagi setiap perlawanan memandangkan Rashford masih lagi muda dan kurang pengalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan