Jumaat, 30 September 2016

Jadi la tempat ketiga


Kedah membuat kejutan pada saingan Liga Super musim ini apabila muncul sebagai pasukan ketiga terbaik.

Syabas buat Kedah kerana berjaya menduduki tangga ketiga dalam carta Liga Super pada musim ini. Ianya merupakan sesuatu yang amat membanggakan kerana Kedah baharu sahaja beraksi di Liga Super musim ini selepas layak dari Liga Perdana selaku juara pada musim lepas. Kebangkitan yang ditunjukkan dalam pusingan kedua liga, membolehkan Kedah mengatasi cabaran daripada pasukan lain. 

Apa yang menarik adalah Kedah mempunyai sedikit peluang untuk beraksi dalam Piala AFC pada musim hadapan. Walaubagaimanapun, peluang ini terletak kepada kemampuan juara Liga Super musim ini iaitu JDT untuk melepasi peringkat kelayakan Liga Kejuaraan AFC. Jika JDT berjaya memenangi perlawanan kelayakan tersebut, JDT akan layak beraksi dalam Liga Kejuaraan AFC dan memberikan peluang kepada Felda United dan Kedah untuk menjadi dua wakil Malaysia beraksi dalam Piala AFC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan