Khamis, 16 Jun 2016

Tahniah


Syabas dan tahniah buat pasukan tuan rumah Euro 2016 iaitu Perancis kerana menjadi pasukan pertama yang layak ke suku akhir setelah mencatatkan kemenangan kedua di peringkat kumpulan.

Sekali lagi Perancis memerlukan gol di penghujung perlawanan untuk memperoleh kemenangan. Apa yang menarik adalah pemain West Ham United, Dimitri Payet lebih mencuri tumpuan dalam skuad Perancis berbanding Paul Pogba yang sebelum ini dikatakan akan menyinar dalam pertandingan Euro tahun ini.

Serangan Perancis tampak tumpul tanpa kelibat Karim Benzema dan terpaksa berharap kepada ketajaman Olivier Giroud dan Andre-Pierre Gignac.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan