Jumaat, 3 Jun 2016

Konfem dah...


Akhirnya Jose Mourinho (JM) berjaya juga untuk menjadi pengurus MU setelah menyimpan impian tersebut untuk sekian lama.

Dikhabarkan JM berkeinginan untuk mengendalikan MU sejak dari 2010 iaitu ketika meninggalkan Inter Milan. Kini cita-cita JM sudahpun tercapai di samping MU memerlukan pengurus yang benar-benar berkaliber untuk mengembalikan kecemerlangan MU yang seakan-akan hilang selepas bersaranya SAF.

JM dijangkakan akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad MU dan dikatakan hanya empat pemain utama sahaja yang selamat daripada sebarang tindakan JM iaitu Rooney, Rashford, DDG dan Martial. Selebihnya masih mengharapkan JM untuk memberikan mereka peluang bagi terus menabur bakti di MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan