Rabu, 29 Jun 2016

Dah sampai suku akhir dah


Tahniah dan syabas buat lapan negara yang layak ke suku akhir Euro 2016. Berikut merupakan komen aku terhadap lapan negara tersebut.

POLAND
Terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Switzerland.
Mempunyai beberapa pemain yang berpengalaman dan bermain secara satu unit.
Mampu untuk membuat kejutan sepertimana yang telah dilakukan oleh Greece semasa Euro 2004.
Berpeluang ke separuh akhir jika mampu untuk merantai pergerakan Ronaldo.

PORTUGAL
Mencipta kejutan apabila mengetepikan Croatia yang dilihat berkelebihan kerana barisan pemain yang mantap berbanding Portugal.
Terlalu mengharapkan keajaiban daripada Ronaldo tatkala pemain-pemain lain tidaklah begitu menonjol.

WALES
Memiliki beberapa pemain yang baik.
Tampak berbahaya ketika melancarkan 'counter attack' menerusi larian deras Bale.
Bahagian pertahanan juga agak mantap tetapi akan berhadapan sesuatu yang berbeza apabila bertemu Belgium nanti.

BELGIUM
Antara pasukan pilihan untuk menjuarai Euro 2016
Semua bahagian mempunyai pemain-pemain yang berkaliber
Perlu bermain secara satu pasukan dengan mengintegrasi kemampuan setiap pemain

JERMAN
Pasukan yang tidak asing lagi dalam kejohanan Euro
Dibarisi pemain muda dan pemain berpengalaman
Kurang idea apabila berhadapan dengan lawan yang bermain secara kompak

ITALI
Merupakan skuad tertua di Euro dan ternyata memiliki pengalaman yang banyak
Tidak membariskan bahagian serangan yang hebat tetapi bermain sebagai satu unit dengan baik
Menampilkan corak permainan Itali yang asli iaitu kental ketika bertahan tetapi cukup membahaya seamsa melancarkan serangan balas

ICELAND
Seperti Poland, Iceland mempunyai beberapa pemain yang berpengalaman berdasarkan pernah beraksi di beberapa liga besar eropah
Agak kompak ketika bermain menyukarkan pihak lawan untuk membuat serangan

PERANCIS
Pasukan tuan rumah yang dibarisi pemain muda dan pemain berpengalaman
Bahagian tengah yang cukup mantap menerusi gandingan Kante dan Matuidi
Walaupun bahagian serangan dilihat tidak berbisa, namun bahagian tengah berjaya mengisi kekosongan untuk menjaringkan gol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan