Rabu, 29 Jun 2016

Dua yang hampir mai


MU sedang berusaha untuk mendapatkan playmaker Borussia Dortmund (BD), Henrikh Mkhitaryan dan penyerang berpengalaman, Zlatan Ibrahimovic.

Mkhitaryan hanya memiliki kontrak bersama BD untuk semusim sahaja lagi dan tidak berminat untuk menyambungkan kontrak. Jadi, sudah semestinya BD akan cuba mendapatkan pembeli Mkhitaryan pada harga yang tinggi sebelum musim akan datang bagi mengelakkan pemain tersebut melangkah keluar dari kelab secara percuma.

Mkhitaryan memiliki keupayaan selaku playmaker kerana bukan sahaja mampu untuk membuka permainan dan membuat lorongan untuk bahagian serangan, malah beruapaya untuk menghasilkan sendiri gol.Walaupun Rooney kini dilihat mampu untuk menggalas tugas tersebut, tetapi aku merasakan pengurus baharu MU, Jose Mourinho (JM) akan cuba meletakkan semula Rooney di bahagian serangan iaitu beraksi selaku no. 10 di belakang seorang lagi pemain yang cuba dipancing MU iaitu Ibrahimovic.

Nama Ibrahimovic sememangnya sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak eropah. Walaupun berkelana di beberapa pasukan, Ibrahimovic menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang. MU tampak berpeluang cerah untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic dengan menawarkan kontrak satu tahun memandangkan usia Ibrahimovic sudahpun mencecah 34 tahun.

Walaupun agak berusia, namun Ibrahimovic mempunyai pengalaman dan kemahiran yang cukup tinggi sekaligus akan memberikan impak kepada MU yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan selepas merosot teruk dalam tiga tahun sejak ketiadaan SAF. Ibrahimovic bakal menjadi penyerang utama MU dan akan disokong dengan kelibat Rooney.

Berikut merupakan jangkaan bagi kesebelasan utama MU musim hadapan:

De Gea

Darmian - Smalling - Bailly - Shaw

Schneiderlin                                   Schweinsteiger
Mkhitaryan

Rooney                    Martial

Ibrahimovic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan