Jumaat, 18 Julai 2014

Jenuh nak kampoi kalu sungguh camni


Real Madrid (RM) sudahpun berjaya mendapatkan Toni Kroos dari Bayern Munich. Kini, perhatian RM pula terarah kepada dua pemain AS Monaco iaitu James Rodriguez dan Radamel Falcao.

Sepertimana yang diketahui, Rodriguez melonjakkan sahamnya selepas menampilkan prestasi yang cemerlang ketika mewakili Colombia di Piala Dunia tahun ini sehingga membolehkan dirinya menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Falcao pula sudah tidak asing lagi kerana dikenali selaku peledak gol yang cukup merbahaya.

Jika Rodriguez dan Falcao mengikut jejak langkah Kroos untuk menyertai RM, apa yang boleh dikatakan adalah RM mempunyai skuad yang cukup mantap di semua posisi dan pastinya akan menggerunkan pasukan lawan.

Jangkaan kesebelasan utama RM untuk musim hadapan:

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2014/07/17/article-2695735-1FB9260F00000578-351_634x894.jpg




Tiada ulasan:

Catat Ulasan