Isnin, 17 Disember 2012

Sembang kosong MU


Rasanya dah lama dah kot aku tak sembang merapu pasai MU. Bukan apa, sebelum ni, entry aku lebih kepada formal dan konfem la guna bahasa baku. Entry kali ni, kita chill out skit norh!! Hahah

Aku taktau la sama ada aku sorang ja perasan ataupun aku saja nak syok sendiri, tapi aku memang nampak muka RVP memang cukup berlain main untuk MU musim ni. Tiap-tiap kali dia boh gol, nampak RVP hepi semacam ja nak banding waktu skor gol kat Arsenal dulu. Mungkin dia leh tau kot yang gol dia tu memang cukup penting dalam usaha nak tolong MU jadi juara. Cara dia celebrate pun len.

RVP ni Messi MU or New Cantona?

Aku yang nampak beza tu bukan sebab apa, kalu takdak apa-apa, memang aku tengok jugak game team len selain MU. RVP memang cukup berbaloi untuk MU musim ni. Cara dia main sesuai bangat dengan MU. Ha la, kalu kat Arsenal, dia lebih kepada goal poacher, tapi lani kat MU, dia bleh involve dengan build-up serangan MU. Dahtu tak segan lak nak bagi kawan-kawan buat gol.

Hidup RVP kat MU kira senang la. Kalau kat depan, Rooney jadi back-up dia. Dahtu supply baik punya kiri kanan dari Young dengan Valencia. So, apa mau lagi. Tahan kaki jolok buat gol ja la. Thru ball pula MU bleh bagi jugak kat RVP. Senang cakap, kalau MU betoi-betoi supply kat RVP, mau berkenjan dah gol. Tapi takat la, tak jadi sungguh-sungguh lagi. Tu yang SAF kata player MU len masih lagi nak adapt dengan kehadiran RVP. Kira nak tau camna gameplay RVP. Paham semua dah, mau tau la hahaha.

Aku memang bagi tabik spring kat Carrick. Carrick ni kira unsung hero kat MU. Masa masuk MU dulu, ramai yang expect Carrick ni ganti Keane, kena lak pakai nombor sama. Tapi cara Carrick memang beza, tadak robust tackle, body contact kuat-kuat punya. Carrick main simple, yang penting, duk kat tempat sepatutnya kat masa sepatutnya. Tengok la midfield MU main camna kalu Carrick tadak. Game lawan Man City memang nampak betapa hebatnya Carrick.

Patutla SAF sambung jugak kontrak Carrick ni walaupun ada peminat kata tak payah

Tapi Carrick ni kena ada pair yang bleh lari merata. So, lani yang terbaik adalah Cleverley la. Anderson cedera dan Fletcher tak bapa nak match fitness 100%. Scholes dan Giggs, mintak maap la no, tiada tempat untuk hangpa dua sebab kalau Giggs atau Scholes pair dengan Carrick kat tengah, Carrick terpaksa buat gheja lebih dan secara tak langsung effect abih peranan dan fungsi sebenaq Carrick.

Lepaih baik dari cedera ni dan bapa game musim ni, Valencia ni duk nampak cam tagak-tagak nak bawak bola. Kira senang cakap, dia duk pikiaq nak wat apa lepas ni. Patutnya Valencia ni kena menten gameplay dia, bawak bola, dribble opponent dahtu cross. Wat la crossing camna pun, near post ka, far post ka, cut back ka. Janji bola tu masuk dalam kotak penalti lawan.

Tapi bila duk tagak-tagak, Valencia ni suka duk stop flow tengah nak serang. Dahtu terencat skit la serangan MU. Kalu Valencia ni back to normal, takyah duk risau la pasai defend kanan tu sebab Rafael ka, sapa-sapa men rightback takyah nak support Valencia sangat. Sorang-sorang dia ja dah bleh makan fullback lawan.Teringat masa first season dia yang duk banyak wat crossing sampai assist sebahagian besar gol Rooney.

Takat lani, formasi terbaik MU adalah 4-4-2 dengan Rooney dan RVP kat depan. Tengah lak Carrick konfem kena main. Yang akan jadi pening kepala nanti bila Kagawa dan Anderson baik dari cedera. Jenuh jugak camna nak cari ruang bagi depa dua main. Cleverley pun musim ni cukup baguih. Cuma kurang stamina skit sebab bila mai 15-20 minit game nak abih, Cleverley ni nampak penat. Seropa cam Anderson. Tapi tak kata la, sepanjang duk atas padang, memang duk lari merata ceruk.

Nani ni pakai harus ja la kluaq dari MU. Taktau nak ulas apa pasai Nani. Nak kata bajet star, tak nampak Nani camtu. Nak kata tak baguih, kadang-kadang tu baguih terutamanya bila masuk sebagai substitute. Mungkin major concern pasai Nani ni adalah tak konsisten. So, tumpang duk ada orang mau, MU leh la kot juai Nani.

Timboi bapa rumours MU nak amik pemain baru ganti Nani. Takat yang aku tau, ada tiga la, Walcott, Zaha dan Sterling. Walcott ni leh dapat free. Kena lak dia pun member baik punyak RVP. Rasanya kalu MU sungguh nak kat Walcott, bleh aihh nak amik untuk musim depan. Gaji pun takyah sampai 100k kot.

Bukan takat MU, Liverpool dan Chelsea pun nak kat Walcott

Sterling lak memang cukup muda, tapi lani dah kira first eleven kat Liverpool. Memang la kontrak dia kat Liverpool lama lagi nak abih, tapi kontrak tu pemain muda punya, gaji ciput. Lani Sterling duk tunggu Liverpool offer kontrak pemain profesional gaji puluh-puluh ribu. Mau kata offer tak baek, better MU cilok cari lubang untuk sign budak muda ni.

Pemain Liverpool pertama yang akan pindah ke MU dalam masa berpuluh-puluh tahun

Zaha lak memang cukup laju. Konfiden betoi masa bawak bola. Muda tu memang la muda lagi, tapi harga dah nek dah lani, tambah lak dia pi dapat 1st cap main untuk England. MU pun kononnya nak sangat kat Zaha ni dan sanggup bagi pinjam balik kat Crystal Palace sampai abih musim kalu MU beli Zaha bulan Januari ni. Seropa cam masa MU beli Smalling dari Fulham dulu la.

England's Cristiano Ronaldo?

MU lani kena maintainkan six points gap tu. Kena menang bila lawan team-team hat bawah. Elak kalah seropa cam kena 0-1 dengan Norwich City. Sebab bila mai bulan Februari nanti dan start knock-out round untuk UCL, MU kena pulun skit dan make sure player ada kat prestasi terbaik. Bukan apa, Man City lani duk konsentret kat BPL ja la lepas tersingkiaq dari pertandingan peringkat eropah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan