Rabu, 5 Disember 2012

Review: Group A, B, C and D (UCL)


Tamatnya saingan peringkat kumpulan A hingga D walaupun sebenarnya dua slot teratas setiap kumpulan telahpun diketahui selepas 'matchday 5' dua minggu lepas.




Kemenangan 2-1 PSG ke atas Porto membolehkan kelab dari Perancis itu memintas Porto untuk muncul sebagai juara kumpulan A. Porto terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan akan menanti undian untuk bertemu MU, Barcelona dan beberapa kelab lain di peringkat seterusnya. Dynamo Kiev terus berada dalam pertandingan eropah apabila akan bersaing pula dalam Europa League.

Arsenal gagal memastikan tempat teratas apabila tumpas 1-2 kepada Olympiacos. Walaupun seri 1-1, keputusan tersebut sudah cukup untuk mengesahkan Schalke sebagai juara kumpulan B. Olympiacos akan beraksi dalam Europa League.

Malaga melakukan kejutan apabila menjadi juara kumpulan C walaupun diundi bersama kelab gergasi Itali, AC Milan. Prestasi Malaga dalam saingan UCL musim ini cukup memberangsangkan apabila tidak mengalami kekalahan dalam enam perlawanan. Keputusan tewas 0-1 kepada Zenit St Petersburg tidak memberikan kesan kepada AC Milan untuk mengiringi Malaga ke pusingan seterusnya sebagai naib juara. Europa League kini menjadi medan pertempuran terbaru buat Zenit St Petersburg nanti.

Juara England, Man City sekali lagi gagal melepasi saingan kumpulan setelah berada di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan. Sepertimana Malaga, Borussia Dortmund turut tidak tumpas dalam saingan kumpulan D dan layak sebagai juara kumpulan. Real Madrid cuma mampu berada di tempat kedua walaupun dibarisi oleh pemain bintang. Mungkin telah menjadi kebiasaan untuk melihat Ajax Amsterdam untuk beraksi dalam Europa League setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan