Rabu, 19 Disember 2012

Off topic: Kekocohan di hometown aku


Satu dua ari ni kita digempaqkan dengan kes gaduh yang berlaku kat bandar halaman aku, tak len dan tak bukan Sungai Petani (SP).

Bila timboinya kes ni, macam-macam aih ada spekulasi la, sms la, emel la, bahkan pakat share abih kut FB. Siap ada cerita SP ni kut belah Taman Ria tu sampai darurat. Pada aku, memang mangkuk hayun betoi la sapa yang duk pi wat cerita dahtu pi sebaq merata ceruk bagitau hat bukan-bukan.

Pada awainya katanya kes curi moto. Taktau la sapa curi hat sapa, Melayu curi India ka, India curi Melayu. Alih-alih bila Polis wat siasatan, rupanya pakat-pakat nak tunjuk hebat nak race moto. Bila syeikh dah nek pala, masing-masing nak tunjuk power, panggil abih geng. Dah berimpun ramai-ramai camtu, bila ada provokasi, kena lak semua darah muda, angin kuat, memang jadi benda tak elok punya.

Cuba satu pihak tak balas balik. Wat tak heran sudah, serupa macam rakyat Gombak masa DSAI pi wat ceramah kat sana sampai kena tikam. Mo balas balik, haruih dah puak-puak samseng hat duk wat kecoh tu. Tapi dah orang tak balas, provokasi pun tak lama mana dan mudah la skit nak kawai.

Apapun, syabas jugak la kat Polis sebab amik tindakan sepatutnya dengan cepat. Kalu duk makngot ja, sereyau jugak kot makin buruk. Kita kalu bleh takmau dengaq dah aihh kes gaduh ni, tambah-tambah bila melibatkan bangsa. Memang la semua nak tak tunjuk kuat, tapi tara mana sangat nak kuat. Masing-masing nanti pakat nak jadi tua jugak.



sumber 1: http://www.kedahlanie.info/2012/12/info-terkini-cerita-panas-di-sg-petani.html

sumber 2: http://kafesantai.blogspot.com/2012/12/keadaan-di-sungai-petani-adalah-aman.html

sumber 3: http://www.erapasca.com/2012/12/pecah-berita-pergaduhan-di-sungai.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan