Jumaat, 28 Disember 2012

Preview: MU vs West Bromwich Albion (BPL)


Peluang beraksi di halaman sendiri semestinya dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh MU untuk mencatatkan kemenangan ke atas West Bromwich Albion (WBA).




Walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Newcastle United, MU kini berada dalam kedudukan selesa dalam liga apabila mendahului tujuh mata mengatasi Man City yang telah tewas mengejut 0-1 kepada Sunderland.

MU menerima khabar kurang gembira apabila Rooney mungkin tidak dapat beraksi selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan lutut semasa menjalani latihan. Selain Rooney, Welbeck dan Young juga berkemungkinan besar terpaksa diketepikan kerana mengalami sedikit kecederaan. Vidic turut tersisih selepas mengadu merasai kesakitan di bahagian lutut yang menjalani pembedahan.

Kagawa pula telahpun pulih tetapi tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama kerana kekurangan 'match fitness'. Sepertimana Kagawa, Powell masih belum cergas sepenuhnya. Jadi, kini MU mengalami sedikit masalah ketiadaan pemain di bahagian serangan manakala mempunyai beberapa pilihan di bahagian pertahanan.

Selepas memberikan aksi yang kurang memberangsangkan, Scholes akan diketepikan dari kesebelasan utama. Aku merasakan Fletcher akan diturunkan untuk bergandingan dengan Carrick di bahagian tengah. Dengan menggunakan formasi 4-2-3-1, Cleverley akan beraksi di bahagian kiri sementara Valencia berada di sebelah kanan. RVP akan bertindak sedikit ke belakang dan Chicharito akan menjadi penyerang tunggal MU.

Bahagian pertahanan akan menampakkan sebarang perubahan kerana melepaskan tiga gol baru-baru ini. Smalling akan diletakkan di pertahanan tengah untuk berpasangan dengan Ferdinand dan Jones akan dipanggil semula mengisi slot pertahanan kanan. Buat masa ini, DDG merupakan penjaga gol utama MU dan Lindegaard menjadi 'back-up' dan bersedia untuk diturunkan jika perlu.

WBA dilihat memiliki barisan tengah yang mantap. Di samping itu, pengurus WBA, Steve Clarke merupakan seorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menyusun strategi. Kebiasaannya WBA menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Long diturunkan selaku penyerang tunggal sebelum ditukarkan dengan Lukaku bagi memburu jaringan gol.

Jadi, MU harus berwaspada dengan ancaman serangan WBA yang gemar melakukan serangan balas pantas. Selain itu, bahagian tengah WBA kerap bermain secara fizikal dan berani melakukan terjahan. Jika Carrick dan Fletcher mampu untuk menandingi bahagian tengah WBA, MU tidak akan mengalami masalah untuk mengutip tiga mata penuh.


Kesebelasan utama MU:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Jika MU mampu untuk memperoleh gol awal, perlawanan yang akan berlangsung di OT akan berkesudahan dengan kemenangan besar berpihak kepada MU. Aku menjangkakan MU dapat menewaskan WBA dengan keputusan 5-2 dengan Chicharito dan RVP masing-masing menyumbangkan dua gol. Satu lagi gol dijaringkan oleh Cleverley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan