Rabu, 12 Disember 2012

Capital One Cup Review (quarter finals)


Awal pagi tadi telah berlangsung dua perlawanan suku akhir Capital One Cup (COC) yang melibatkan pertemuan Arsenal dengan Bradford City (BC) dan Norwich City (NC)  dengan Aston Villa (AV). Perlawanan antara Swansea City dengan Middlesbrough akan diadakan pada awal pagi esok sementara satu lagi perlawanan iaitu Leeds United bertemu Chelsea hanya akan berlangsung pada 19 Disember ini selepas kembalinya Chelsea dari Jepun.

BC membuat kejutan apabila menyingkirkan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 dalam 120 minit perlawanan. Boleh dikatakan bahawa BC sememangnya ingin membawa pertemuan dengan Arsenal sehingga ke penentuan sepakan penalti kerana mereka berasa yakin mampu untuk mengecewakan Arsenal.

Arsenal pula terpaksa menggigit jari kerana terlepas satu peluang berharga untuk menjulang piala pada musim ini. Tewas kepada pasukan yang berada tempat yang rendah, 65 tempat di bawah Arsenal ternyata menggusarkan para peminat Arsenal. Walaupun membariskan sebahagian pemain utama dalam kesebelasan utama, tetapi belum cukup untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal malah terpaksa mencari gol penyamaan selepas BC menjaringkan gol seawal minit ke16.

NC tersungkur 1-4 ketika bertemu dengan AV yang di bawah kendalian bekas pengurus NC, Paul Lambert. AV menunjukkan peningkatan kebelakangan ini terutamanya selepas tewas 2-3 kepada MU. Selepas lama tidak diturunkan, Bent kembali menyertai bahagian serangan AV dalam kesebelasan utama. Tetapi agak mengecewakan apabila Bent tidak dapat beraksi sehingga wisel penamat apabila terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring.

NC terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Morrison. AV menyamakan kedudukan apabila rembatan Holman menerjah jaring gol NC. Tatkala perlawanan berbaki 11 minit untuk tamat, pemain gantian, Weimann menjaringkan dua gol buat AV. Benteke menambah kedukaan NC dengan meledakkan gol keempat AV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan